RSS
email
0

tanda cinta?

Kerana cinta itu suatu kecenderungan yang amat kuat dalam diri kepada sesuatu atau seseorang dan mampu memberikan kekuatan kepada sang Pencinta, ada yang tersalah meletak cinta. Tersilap langkah dalam memilih cinta. Ya, apabila tersalah meletak cinta - bagi yang merasa betapa indahnya cinta itu pasti kenal jua betapa sakitnya jiwa tanpa cinta. 

Kadangkala, kita mencintai manusia lebih dari segala, sehingga terlupa objektif fitrah cinta itu ada. Cinta bukan Tuhan. Tapi cinta itu alat, wadah serta wasilah mengenal Tuhan. Apabila tersalah langkah dalam memilih dan meletakkan cinta, boleh jadi Allah menarik kembali nikmat cinta sementara itu - supaya kita belajar untuk kembali bergantung, sayang dan cinta hanya padaNya. Andai manusia itu mengerti nikmat cinta bersumber lagi berteraskan Allah, pasti dia mengetahui dia bakal punya segala. Apabila rohaninya dididik untuk mengenal  dan merasa cinta Tuhan - mental, emosi serta fizikalnya turut terdidik sama cemerlang. Terjejas rohani tiada diakari rasa bertuhan, tempang segala amalan kehidupan. Tiada ketenangan, tiada kekuatan kerana cinta Allah jika hilang - tiada panduan. 

Cinta pada makhluk, ada depan mata, nampak rupa, dengar suara, dikirimkan berita - tapi tak selamanya ada. Manakala cinta Allah sentiasa ada tapi perlu mujahadah (sungguh-sungguh) kerana tak dapat jawapan serta merta, tak dengar suara, tak nampak dek mata. Indahnya cinta ini kerana cinta pada Allah membuahkan rasa kebergantungan pada-Nya. Kebergantungan pada Allah itu, memberikan kekuatan tak tergambar dengan kata-kata kerana Dia punca segala kekuatan dan keindahan, terkandung dalam namanya yang indah.

"Tanda orang yang cintakan Allah adalah sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingati-Nya." - Imam al-Junaid
Allah jua lah yang paling mencintai kita - lebih daripada sesiapa yang telah, sedang atau akan mencintai kita. Sungguh, Allah jua lah yang menitipkan segala rasa cinta padanya untuk mencintai kita. Hakikatnya, Allah yang menghadirkan cinta. Bersyukurlah andai ada yang Allah titipkan rasa fitrah cinta pada lubuk hatinya, tapi hakikatnya Allah lebih menyayangi anda - kerana telah menghadirkan rasa cinta pada hatinya untuk mencintai anda! Subhanallah. Ayuh amalkan doa nabi Daud A.S!


Persoalan utama, sejauh mana anda beramal dengan rasa cinta itu, untuk mengenali-Nya?



Read more
 

best

jom