RSS
email
0

tears.

If tears were words; I have written novels.
There's a story behind everything. How a picture got on a wall. How a scar got on your face. Sometimes the stories are simple, and sometimes they are hard and heartbreaking. But behind all of the stories is always others' - where yours begins. There's two sides to every story - for every shame there's a glory. And I've tried to keep a balance between the dark and the light but something don't add up. oh. Indeed, change is never easy; you fight to hold on and you fight to let go. heks.

Rise and shine - another new day awaits, another day to live in yet another day to repent out of sins and seek His forgiveness. If we follow the truth, it will bring us out safe at last. It will - have faith! 


Let the tears fall in the remembrance of Allah, in the remembrance of hellfire, fearing His torment. Let the tears fall as you recite the words of God, the Quran and as you remember the day when our beloved Prophet (s.a.w) died. Let your tears fall for all your past sins as you seek His forgiveness. If it's gonna be a rainy day, there's nothing we can do to make it change. We can just pray for sunny weather or built a shelter or BOTH. Lets choose both option for a better future. We have to accept the past, accept the facts and live with it in order to move on!



Don’t let the tears run down in vain. Let the tears fall for the sake of Allah. oh. That someone or something that brings you closer to Allah, is the greatest blessing of all. Alhamdulillah. ♥ Alhamdulillah for all Allah has given us.. Astaghfirullah for all that we've taken for granted and InsyaAllah for all the hopes we have of things to come.


Our Lord, do not let our hearts deviate from the right path after You have given us guidance and bestow upon us mercy from Your own. Oh Allah, grant me your love, grant me that I love those who love you; grant me, that I might do the deeds that win your love. Make your love dearer to me than the love of myself, my family and wealth. Allahu rabbuna. Ameen ya Mujib.

إلهي أنت تعلم كيف حالي

[collections of S.D]
Read more
0

kirim.

Terkesima. 
Terdiam tanpa kata.

"Allah. Syafahallah wa3afaha, rabbuna yusallimha." hanya kata-kata itu mampu diungkap sambil manik-manik jernih mengalir laju.


Sebak rasa hati mendapat berita tersebut, ternyata turut sama jua merasai kesedihan yang ada jauh di lubuk hatinya. Benarlah, apabila kita betul-betul menyayangi seseorang, kita turut jua menyayangi keluarganya sebagaimana kita menyayangi keluarga kta sendiri. Tak terungkap dengan kata rasa yang ada. Moga tabah lah menghadapi segala. Benarlah, ujian itu datangnya dalam pelbagai cara dan rupa. Moga Allah tenangkan dan selamatkan segala. Ameen ya Mujib. Walau jasad tiada kelihatan, tetap jua kukirim doa tanda ingatan - buat peneman. Moga Allah redha.


Terus jua berdoa yang terbaik buat segala. Bukankah doa itu senjata orang mukmin? Subhallah. Sepanjang mengenalinya, aku tahu dirinya seorang yang menjaga perintah Allah. Maka, kerana itu aku yakin Allah akan menjaga dirinya dan juga keluarganya. Allah jua lah sebaik-baik penjaga. InsyaAllah kheir.


Wallahy, kullu min 3andak ya Rabb.


Perkembangan positif bonda beliau dipindahkah dari wad Cardiac Care Unit (CCU) ke wad CRW. Alhamdulillah. Moga Allah terus kurniakan bonda beliau kesembuhan dan kekuatan, dipanjangkan umur dalam kebajikan supaya dapat terus beribadah padaNya dan berbakti buat ummah. 

Ya Allah, kau ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecilku.

Ya. Kukirim doa buat peneman.
Read more
0

lorong.

Secangkir kopi susu itu, dihirup laju. 

Sesak rasanya bernafas dalam keserabutan yang melanda, seolah tiada hala tuju. Tiada berkesudahan. Penuh sesalan. Rasa tidak keruan. Pelbagai persoalan bermain di minda, menggugat rasa dan jiwa. Allahu Allah. Tak jumpa kata menggambarkan rasa. Hanya kata "Ya Rabb" bergema,. Ya, compang-camping imanku memburukkan segala. Kala itu mula mempersoalkan segala. Menidakkan yang patut, mengiyakan yang tidak.  Mula memberontak dalam diam, menambah kekusutan. Tak nampak jalan keluar.

Apa kaulupa kau hamba Tuhan?

Irhamna ya Rabb. Ighfir zunubana ya Rabb. Kala itu, entah bagaimana kujumpa video ini. Allah. Allah. Tepat pada masa. Alhamdulillah. oh. What a perfect timing! 



Video tersebut merupakan video Amru Khaled dalam rancangan "Bismika Nahya: Al-Wakeel." Subhanallah. Tak kusangka dalam saat kebuntuan begini, terjumpa video ini. Semenjak imtihan, tak sempat nak tengok video sebegini. oh. Memang terkena makan dalam segala. Ayuh, terus sama murnikan niat untuk terus mengenal Tuhan, insyaAllah akan dilorongkan jalan.

Mahu menangis dalam doa sampai tertidur gamaknya, biar terlupa segala kekusutan. Tapi, kita kan ada amalan? Allah jadikan kita amalan, jalan keluar buat segala kekusutan. Kita tahu, tapi sejauh mana keyakinan kita padaNya? Allah. Moga saja ditetapkan hati kita dalam iman, moga terus bersemangat meredah segala hari. Bismika nahya, ya Rabb!

Let Allah be the reason why even in pain, you smile. In confusion, you understand. In betrayal, you trust. and in fear, you continue to fight.

Yosh! Moga bermanfaat!
Read more
1

menuju

"Pintu ilmu itu akan terbuka apabila kita rasa tak tahu dan pintu ilmu itu akan tertutup apabila kita rasa dah tahu. Kita jadi mulia apabila kita semakin menjadi hamba," bicaranya tenang, penuh kematangan.

Diam. Cuba dihadam buah fikiran ini. Kerapkali mengeluh, entah apa yang dibaca entah apa yang masuk dalam kepala. Terpukul dalam rasa. Tersentak dalam kata-kata. Tak mampu diungkap balas jawapan, tertelan perkataan. Istighfar sekali dua. Kembali dari terawang-awang di angkasa.

Bagaimana saja - hamba dan mulia, kaitan antara keduanya?

Hamba. Segala yang ada bukan miliknya. Maka, sentiasa berusaha buat sehabis baik dan sedar diri segala yang ada dan berlaku bukan pada kehendak dan kudrat si hamba, tapi pada kehendak dan kudrat Tuannya. Tuan itu bisa membuat apa-apa sahaja, kerana si hamba tiada punya apa-apa. Hatta diri si hamba itu pun, milik Tuannya juga. Maka, diri hamba yang sedar tarafnya hanya hamba semata-mata, tiada pula berlagak Tuan yang mampu memiliki melaksanakan segala dan dari situ lah kemuliaan dirinya terserlah. Mulia dari segenap sudut, baik akhlak, jiwa mahupun mindanya - mengembalikan segala yang ada pada dirinya pada Tuan yang Memiliki Segala.

Allahu Allah. Berbeza. Hamba sedar diri ini sedia maklum segala yang dibaca dan dijawabnya malah segala yang berlaku dalam kehidupannya itu datangnya dari ilham Tuhan. Bukan dari usahanya bersengkang mata bermalam-malam. Bukan dari usahanya yang menghafal segala. Bukan dari usahanya semata-mata. Tetapi dengan kehendak yang Maha Esa.

Ayuh, mencari ketaqwaan dalam sinar kehambaan - menuju Tuhan.
Read more
0

tanda cinta?

Kerana cinta itu suatu kecenderungan yang amat kuat dalam diri kepada sesuatu atau seseorang dan mampu memberikan kekuatan kepada sang Pencinta, ada yang tersalah meletak cinta. Tersilap langkah dalam memilih cinta. Ya, apabila tersalah meletak cinta - bagi yang merasa betapa indahnya cinta itu pasti kenal jua betapa sakitnya jiwa tanpa cinta. 

Kadangkala, kita mencintai manusia lebih dari segala, sehingga terlupa objektif fitrah cinta itu ada. Cinta bukan Tuhan. Tapi cinta itu alat, wadah serta wasilah mengenal Tuhan. Apabila tersalah langkah dalam memilih dan meletakkan cinta, boleh jadi Allah menarik kembali nikmat cinta sementara itu - supaya kita belajar untuk kembali bergantung, sayang dan cinta hanya padaNya. Andai manusia itu mengerti nikmat cinta bersumber lagi berteraskan Allah, pasti dia mengetahui dia bakal punya segala. Apabila rohaninya dididik untuk mengenal  dan merasa cinta Tuhan - mental, emosi serta fizikalnya turut terdidik sama cemerlang. Terjejas rohani tiada diakari rasa bertuhan, tempang segala amalan kehidupan. Tiada ketenangan, tiada kekuatan kerana cinta Allah jika hilang - tiada panduan. 

Cinta pada makhluk, ada depan mata, nampak rupa, dengar suara, dikirimkan berita - tapi tak selamanya ada. Manakala cinta Allah sentiasa ada tapi perlu mujahadah (sungguh-sungguh) kerana tak dapat jawapan serta merta, tak dengar suara, tak nampak dek mata. Indahnya cinta ini kerana cinta pada Allah membuahkan rasa kebergantungan pada-Nya. Kebergantungan pada Allah itu, memberikan kekuatan tak tergambar dengan kata-kata kerana Dia punca segala kekuatan dan keindahan, terkandung dalam namanya yang indah.

"Tanda orang yang cintakan Allah adalah sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingati-Nya." - Imam al-Junaid
Allah jua lah yang paling mencintai kita - lebih daripada sesiapa yang telah, sedang atau akan mencintai kita. Sungguh, Allah jua lah yang menitipkan segala rasa cinta padanya untuk mencintai kita. Hakikatnya, Allah yang menghadirkan cinta. Bersyukurlah andai ada yang Allah titipkan rasa fitrah cinta pada lubuk hatinya, tapi hakikatnya Allah lebih menyayangi anda - kerana telah menghadirkan rasa cinta pada hatinya untuk mencintai anda! Subhanallah. Ayuh amalkan doa nabi Daud A.S!


Persoalan utama, sejauh mana anda beramal dengan rasa cinta itu, untuk mengenali-Nya?



Read more
0

ke mana?

Ternyata setelah lama sepi tanpa berita, tergerak rasa hati untuk kembali membiarkan jari-jemari menari dalam gerak rasa menuturkan kata yang tiada terungkap dengan kata. Moga kalian semua sentiasa berada dalam redha-Nya.

Selesai kalam pembuka bicara.
Ayuh maju ke perkara seterusnya. Pesanan buat aku dan kamu serta kamu.

maksud gambar:  Jadikan diri kamu bersama Allah, maka Allah akan bersama kamu. 

Terketuk rasa hati kala membaca kalam ini. Sering saja kita mendoakan supaya Allah bersama kita walhal pada hakikatnya, Allah sentiasa saja ada tetap di situ menanti kita kembali pada-Nya. Tidak bergerak, tetap menanti. Tetapi kita sering saja  menjauhkan diri daripada-Nya. Terlalai, dan terus mengikut arus perubahan zaman fitnah dan akhir zaman tanpa punya pasak iman kukuh. Bagaimana mungkin iman yang tiada tetap itu mahu berpasak dalam dada andai tiada ditambah nilai tatkala perlu? Adapun jauh tersasar - Allah itu sentiasa ada, tunggu kita saja menuju-Nya.

Berbicara perihal zaman fitnah, sering saja diungkap istilah hebat ini - namun, tidak ramai yang mengerti maksudnya. Baru saja terjumpa makna istilah ini, tidak lama dulu. Zaman fitnah itu merupakan suatu zaman yang tidak dapat dikenal pasti kebenaran yang sebenar-benarnya kerana berlaku penyelewengan dalam segala fakta yang ada. Zaman fitnah ini bermula semenjak kewafatan Saidina Uthman - dirakamkan dalam sejarah Islam bahawa selepas kewafatan beliau lah bermulanya segala kecelaruan dan perpecahan. Segala yang penting dalam menelusuri zaman ini adalah dengan beramal dan bergerak dengan segala yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Segala yang berlaku, bukanlah suatu kebetulan - tapi bermula dengan suatu pilihan. Pilihan yang menentukan segala pengakhiran. (al-Balad, 10) Pilihan kepada bisikan menyesatkan  sehingga wahyu disisihkan ataupun pilihan kepada seruan Tuhan, kembali ke pangkal jalan - fitrah penciptaan insan. Fitrah itu hakikatnya hanya ada dua semata-mata iaitu hamba dan khalifah - tapi mengapa saja susah dilaksanakan? Sedangkan Habibuna Rasullullah S.A.W insan konfem syurga itu pun melalui onak duri liku perjuangan kerana mahu membuktikan kehambaannya pada Allah dan melaksanakan tugasnya sebagai khalifah memakmurkan bumi Allah dan mendidik lagi mentarbiyah insan agar tetap pada kebenaran, layakkah kita yang bersenang-lenang lagi jauh dari Islam ini nak claim syurga? Irhamna Ya Allah.

Teruslah bergerak. Teruslah mencari hikmah. Teruslah mengenal Tuhan. Teruslah! Ayuh, sama-sama memilih untuk menuju Tuhan, berteraskan kebenaran al-Quran dan as-Sunnah. Bukankah selangkah kita kepada-Nya, berlari Dia menuju kita?

Persoalannya, langkah kita ke mana?
Read more
0

shutdown.

Read more
1

her BIG day?




Kereta proton saga hitam membelok masuk laju ke jalan Kubang Rotan, mata meliar-liar mencari rumah kenduri. Mata hanya fokus di sebelah kanan jalan lantaran hanya sawah padi jelas terbentang di kiri jalan. Lokasi majlis perkahwinan adik junior kami ni tiada siapa pernah sampai. err kawasan selalu je lalu tapi  maksudnya rumah tu yang tak confirm mana satu. Alaa, usah risau kenduri ni, petunjuknya kereta banyak dan ada bunga manggar. Nah, setelah dapat tempat letak kereta baik punya [kat markas], laju saja kaki melangkah menuju tempat tumpuan jemputan. Disambut mesra tuan rumah [mak ayah pengantin] dan bersalaman, kami kemudiannya terus menuju ke rumah pengantin. Terus-terus kami serbu pengantin yang tengah ada photoshoot. HAHAHA.

Alhamdulillah, selamat sudah adik comel kami ini bergelar suri hati seseorang, bertukar status dan menggalas tanggungjawab baru. Majlis akad nikah berlangsung dipagi hari. Ada suatu rasa yang tak terungkap dengan kata – gembira ada, syukur pun ada, sebak pun ada. Kukira mungkin setiap satu punya penjelasan serta alasan rasa yang hanya jiwa mengerti bahasanya. Sungguh, apabila kita sayangkan seseorang, kita sentiasa mahu dirinya gembira dan ceria..dan andai diizinkan kita mahu sentiasa ada tika gelak tawa apatah lagi tika tangisnya..kan? Oh, ya…Usai berbual-bual dan ucap tahniah serta snap gambar sana-sini, kami keluar makan-makan di meja para jemputan. Terdengar suara, "hah, yang ni bila lagi?" dan hanya mampu tersengih balas.

Sementara menunggu rombongan pihak lelaki, kami berbual-bual lagi dengan the bride. Terasa seperti mini reunion maahad pulak dengan adanya sir Jan berceloteh bersama. Tatkala pakcik deejay mengumumkan ketibaan pengantin lelaki, kami semua buat panjang-panjang leher. Kami kemudiannya dengan pantas dan efisiennya mengatur langkah ke jalan masuk utama rumah kenduri. Rasa berdebar plus bahagia lebih-lebih pulak bila tengok kedua-dua mempelai tengah nak berarak masuk. They’re just so sweet!  

dan masuk-masuk dalam kereta terus laju je menjerit: “T.A.H.N.I.A.H, raihan!”

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)

dan pada hari ini, dua hati telah bersatu. hati yang lain, bila lagi? oh. oh. Fitrah sunnatullah itu tetap akan berlaku, kalau bukan sekarang mungkin pada suatu masa yang ditetapkan nanti. Kalau bukan di sini, mungkin di sana yang lebih abadi. teruskan berdoa..dan sungguh, fitrah itu tidak perlu dilawan, hanya perlu dipandu kemudi iman agar berada di landasan Tuhan.

Allahu rabbi.
Read more
0

sakit?

Dua hari lagi mahu menjawab soalan peperiksaan ilmu gerak kerja badan, badan ini pula yang bergerak kerja tidak kena gayanya, Perut menendang segala apa-apa yang masuk; memberontak sedaya mungkin – berguling ke sana ke mari menahan pedih. Suhu badan meninggi; memuncak – sehingga lampu putih itu dilihatnya warna kuning. Otak yang sedia berlipat-lipak membentuk gyrus itu, seakan dikilas lagi dibilas – sehinggakan pening berkerut-kerut muka rasanya.

 

Terbaring lesu,

 

Tatkala ini teringat kata seseorang, sakit itu sepatutnya tidak menjadi alasan untuk tidak belajar ataupun untuk tidak cemerlang. Ya. mungkin saat itu mahu sahaja memberontak membiarkan takdir menentukan segala. tetapi, mungkin Dia memberikan ujian supaya itu menjadi asbab Dia menolongmu, teman. kan lebih indah kalau bersangka baik dengan tuhanmu?

 

Do you believe that God gives more to some and less to others?

Often, we're trained to believe that's the way it works. But Allah Almighty is Al-Adil - the Just - and that wouldn't be entirely fair, would it?

In reality, God's love, bounty and grace is emanating from the Divine Presence and being given freely and equally to all of creation.

Yet everyone does not receive equally.

The real difference is not in what God gives, but in our ability to receive.

you can allow more good into your life by learning how to dissolve internal barriers to prosperity - by learning how to dissolve internal resistance.

 

Biarkan rasa sakit ini. Biarkan rasa penat ini. Walau masa itu terasa seperti menyesakkan, menghimpitkan lagi menyempitkan, yakinlah bahawa disitu ada yang Maha Melapangkan. Moga, ALLAH memakbulkan doa kedua ibu bapa yang telah mendidik diri ini tanpa pernah jemu. Tiada apa-apa yang diharapkan melainkan kejayaan yang dapat menggembirakan hati mereka.

 

Wallahu’alam.

Read more
4

pahit?

Mengeluh.

 

Buku ilmu gerak kerja badan itu perlahan-lahan diletakkan di sebelah. Tersandar di kepala katil, merenung kalendar mini musim peperiksaan yang dipangkah sehari-hari. Stok makanan diselongkar. Hati resah. Sesak rasanya. Penat. Kotak dark chocolate itu dicapai, laju je dibuka. Coklat yang berbaris rapat - dipatahkan satu demi satu. Direnung coklat itu dalam-dalam seolah-olah masih ada perkara yang belum selesai antara coklat dan mata yang merenung – entah kenapa tidak dapat dikenal pasti. Kemudian, dibiarkan saja rasa pahit itu mencair dalam oral cavity.

 

Tersenyum sendiri.

 

Kenapa rasa pahit ini sungguh menenangkan?

 

sudah lama taste buds tak ketemu rasa ini. tetapi sesekali rasa, tenang jadinya. Bagaimana mungkin rasa pahit itu menenangkan? Kembali merenung masa silam, moga ada perkaitan. oh. Ya. kukira rasa pahit itu, tiada semuanya memusnahkan, acapkali rasa pahit itu sering disalahtafsirkan. Kasihan si Pahit - dianaktirikan. Manis juga disanjung tinggi. Lihatlah, berapa ramai yang memuja rasa manis. Sedangkan disetiap yang manis itu, ada pahitnya. dan yang pahit itu ada manisnya. kini, rasa manis dan pahit menjadi subjek. Mana mungkin, coklat yang manis itu terus-terus rasa manis? Coklat manis itu terhasil dari koko yang sememangnya pahit, teman. Kalau tak ada yang pahit, mana mungkin yang manis itu disanjung?

 

Mungkin begitulah juga dengan ilmu. Kalau tak dirasa susah-payah serta penat-lelah nak mendapatkan ilmu walau sebarang dua, mungkin tak dihargai ilmu itu. Mungkin jikalau tidak dirasakan sesak seperti ini, takkan tergerak untuk berusaha walau masa terasa seolah-olah telah tiada. Banyak lagi yang tak terkejar. Merangkak-rangkak helaian demi helaian. Allah. Campakkanlah rasa syukur padaMu. Susah lagi nak bersyukur dari bersabar.

 

Kenapalah hati mengeluh walau hanya diuji sejentik-dua? Allah itu sentiasa ada dan sentiasa menanti hambaNya meminta-minta padaNya. Allah, tenangkanlah hati ini. Tabahkanlah hati ini. Tetapkanlah hati ini pada jalanMu. ameen ya rabb. Walau hanya sekecil cuma, dari coklat pahit inilah hati kembali berbunga-bunga riang -  kerana ada hikmah disebalik rasa. Tiada satu pun yang sia-sia, ada hikmah disebalik semua.

 

sedar-sedar dah berbaris-baris coklat terkorban. hahahahaha.

Read more
0

Penyoal dan Mentor

Tengah-tengah serabut mengulang kaji pelajaran ilmu badan dan ilmu cara kerja badan, mulalah jadi tak faham apa sahaja kaitan antara keduanya? mulalah hati mengutuk ini salah sistem segala bagai, sebab tu tak faham. ye lah, time ulang kaji baru sedar yang diri tak faham mana - dah la imaginasi tak tinggi mana. Setelah berminit-minit bermonolog meningkatkan tekanan darah yang sedia rendah, barulah terdetik di hati bahawa sungguh tiada manfaat mengutuk sana-sini – lebih baik berusaha untuk mengatasi kelemahan yang berjaya dikesan. oh. yang berjaya dikesan boleh lah bertindak, yang belum dapat dikesan cemane ye?

 

…………………………………

 

Dulu-dulu, pada suatu hari si Penyoal berjumpalah dengan sang Mentor. Kebetulan ada perbincangan akademik, maka bertubi-tubi soalan diledakkan tanpa segan-silu dan dijawab dengan penuh tenang oleh sang Mentor – gaya matang penuh hikmah. ye lah, soalan orang tak puas hati, tak faham kaitan – soalan itu berbaur emosi, mohon pencerahan, mohon penerangan mudah. Muka super berkedut lagi berkerut si Penyoal berjaya di’botoxkan’ dengan mudah oleh sang Mentor.

 

antara soalan: satu: otak tu kan cemane sebenanye? kalau ikut yang belajar ada bahagian kelabu, bahagian putih. pahtu celah mana pulak segala mendalah yang keluar nih? yang jadi neuron hantar maklumat? cemane je haa? pahtu cemane plak de ade tugas-tugas plak? cemane stuktur nih buat keje? *sigh* nak gambaran keseluruhan, sebab tak cekap nak gabungkan maklumat. *jawapan epik tapi itulah hakikat* dah usha atlas, tapi masih kurang mengerti.

 

nak tahu macam mana sang Mentor menghilangkan kesangsian si Penyoal?

 

……………………………….

 

Baiklah, analogi mudah – apakah komponen yang membentuk awan? debu-debu super halus dan wap-wap air yang terkondensasi, kan? banyak ke sikit? mestilah banyak, tapi kita tak nampak. Secara mudah, macam tu lah otak, yang kelabu tu sel yang tak berbalut – sebab tu kelabu dan yang putih tu berbalut – sebab tu lah putih. Neuron itu super duper halus, dan banyak.

 

Dan otak itu ada banyak bahagian, dan dari bahagian itu keluarlah segala wayar-wayar berkaitan dan  bergabung menjadi sekumpulan pasukan gerak kerja hebat. setiap bahagian otak ada tugas masing-masing. Otak merupakan suatu organ yang masih belum habis dikaji, bukannya seperti buah pinggang yang macam sudah lengkap datanya, Kebanyakan gerak kerja otak, fungsi otak masih dalam kajian dan kebanyakan perkara mengenainya masih lagi teori-teori.

 

daripada otak di atas, turun ke bawah melalui tulang belakang, keluar ikut pembahagian menjalar ke seluruh badan, membahagi-bahagi. Macam lebuhraya, ada susur keluar dan ada simpang masuk. yang utamanya, otak dan saraf tunjang itu menjadi nerve yang lain.

 

otak nak merancang tindakan - kumpul maklumat sahaja sudah memerlukan pelbagai maklumat dari pelbagai anggota badan. Maklumat yang dikutip, sampai kat litar kumpul maklumat susah payah lagi hantar kat pusat perancangan. Setelah sampai di pusat perancangan hantar pulak kat pusat pelaksanaan. Pastu pusat pelaksanaan pun buat kerahan tenaga, sebarkan maklumat yang telah diproses bersama tindakan yang patut diambil. Allah.

 

Otak itu, ibarat lebuh raya maklumat sibuk ke sana ke sini. Sibuk je, tak putus-putus – tak juga penat-penat. Nak sebut A-L-H-A-M-D-U-L-I-L-L-A-H pun otak sibuk, tak lepas tangan tolong fikirkan, macam mana nak laksanakan sebutan Alhamdulillah. Gerakkan lidah, getarkan vocal cord, corakkan perasaan. Nak lafaz kalimah syukur pun otak buat banyak kerja, bersyukurkah kita? Be grateful, act like one.

 

Allah.

 

………………………….

 

itu baru satu, belum lagi dua tiga seterusnya.

Read more
4

rasa bertuhan lagi bertuan?

 

Andai diri diakari rasa berTuhan,

hidup rasa kebersamaan ar-Rahman,

liku-liku kehidupan seolah-olah berpanduan,

tenang dalam menghayati kalam Tuhan,

mensyukuri segala nikmat yang dicurahkan,

tidak mensia-siakan segala yang diciptakan,

semuanya sentiasa mahu meraikan,

amalan sentiasa ditingkatkan,

diri terasa diperhatikan.

 

Rasa berTuhan, kerana kita makhluk Tuhan.

Rasa berTuan, kerana kita hamba kepada Tuan.

kan indah kalau hidup diakari rasa berTuhan lagi berTuan?

@haret silim,

130511.

Read more
0

dan kerana?

Tuhanku jua punya hak. Hak untuk hambaNya meminta kepadaNya dan hanya kepadaNya. Maka selaku hamba, pada siapa lagi harus disalurkan permintaan ini kalau bukan padaNya?

 

Doa atas talian Tuhan itu sungguh indah – kerana bebas meminta dan berdoa terus padaNya. dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan seorang hamba dengan Tuhannya, maka kepada siapa lagi dia mahu meminta kalau bukan pada Dia? Tuhan itu mengerti bahasa hati, mengerti segala bahasa kerana Tuhan itu Maha Mengetahui. Maka kenapa perlu menidakkan fitrah diri seorang hamba meminta pada Tuhannya hanya kerana mamagari diri dengan ego? Ego itu tidak membawa sesiapa pun  pergi jauh dalam kembara ini.

 

Biarlah meminta-minta dengan Tuhan, Dia rindukan suara ini– lantas ada sahaja detik-detik ujian supaya tersedar kekhilafan diri - supaya kembali padaNya. Sungguh, sekali bertindak nekad melangkah ke arah Tuhan, insyaALLAH usaha itu tiada sia-sia. Sungguh kembara menuju Tuhan itu jalannya berliku-berliku. Pimpinlah tangan ini, teman!

 

Aku yakin Tuhanku itu telah sediakan yang terbaik buatku walaupun seringkali aku memberontak dan tersasar, rebah bukan sekali dua, berubah mahupun diubah. Ayuh memilih untuk yakin dan terus yakin kerana kepada siapa lagi keyakinan itu harus disandarkan kalau bukan kepada Tuhan yang melaksanakan apa jua yang Dia mahukan?

 

dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan, segala-galanya berkemungkinan.

Read more
0

oh. A-HEAD?

GAMBAR HIASAN: kucing saiko. hampeh.
oh. A.H.E.A.D.?
sekali imbas macam A-HEAD. satu kepala. pulak dah! 

AHEAD? menuju ke hadapan? ish. memanglah kita menuju ke hadapan, tiada yang mahu menuju ke belakang. oh ya, mungkin mahu menuju ke depan tapi mentaliti ke belakang? mungkin ya. mungkin tidak. Hakikatnya, semua nak menuju ke depan cuma jalan yang berbeza, fikrah berbeza - tapi matlamat sama.

setelah merisik khabar apa maksud mendalah five-letter-word keramat yang dikomersialkan di sana-sini ini, baru aku tahu: A.H.E.A.D = Awaken. one HEart. one Destiny. one Aim. pulak dah! berat sungguh maksud mendalah five-letter-word ini. kenapa aku cakap berat? sebab aku rasa ada tanggungjawab di situ.

...............................................................................................

Awok. Awek. AWAKEN.: Stop sleeping, make aware.
oh. oh. kita ini suka tidur, tidur maknawi, tidur hakiki. tidur je. buat-buat tidur. buat-buat tak tahu. bila orang cakap "oih, sedar lah blablabla" dan yang sewavelength dengannya - kau buat tidur, buat tak tahu. kan? macam ini lah ragam pemuda-pemudi harapan bangsa hari ini. suka buat tak tahu - walaupun dia tahu atau memang tak tahu. macam mana nak maju? bukak minda. sama-sama meraikan. kau tu, kalau nak tegur, jangan main belasah, bukan semua orang sama wavelength dengan kau. dan kau pun, jangan lah ego menggunung meluas bak lautan, kepala kau sahaja betul. oh. sungguh, kan senang kalau meraikan? tadela sakit jiwa. penting di sini: walau bagaimana cara pun, kau sendiri perlu bangun, sedar dari mimpi yang panjang - kesedaran diri!

One HEART: many to one - act as one. 
Kau tahu? Kesedaran diri mula-mula ALLAH campak dalam hati? kesedaran apa-apa pun.
oh. Dah ramai-ramai macam ini, macam-macam jenis hati ada. Hati yang memang dah kat Mesir. Hati yang tertinggal di Malaysia. Hati dari utara; Hati dari selatan. Hati dari pantai barat. Hati dari pantai timur. Hati dari central region. Bagaimana mahu membina kesatuan hati dalam kepelbagaian ragam? oh. ya. paling mudah dan paling susah - berlapang dada? doa rabitah? haha. kau tahu itu semua, tapi adakah kau maksudkan apa yang kau kata? He knows. Membina persefahaman dalam untai kata, melalui rasa. Bagaimana mahu berbicara soal one Heart andai antara kita masih ada yang ragu-ragu hatinya? oh. May  ALLAH guide us all in this path of Faith; If ever the soul is lost, seek the soul Creator.

One AIM?
Tujuan. Matlamat. Apa Perancangan kau? set your aim. our aim. and work for it!
tak perlu aku berbicara apa matlamat kau, apa matlamat aku. sebab semua orang ada matlamat masing-masing. dari sekecil-kecil matlamat sehingga sebesar-besar matlamat. sedekat-dekat matlamat sehingga sejauh-jauh matlamat. Matlamat dekat lagi kecil itu, bakal membawa siapa kau dalam matlamat jauh lagi besar itu. Bermula daripada kesedaran ALLAH campak dalam hati itu, kau mula menapak mencari arah membina diri menggapai matlamat. Sungguh, kita punya dua tanggungjawab; khalifah dan hamba. satu kemuliaan mahupun penghinaan? moga ALLAH tetapkan hati kita, matlamat kita pada jalanNya.

One DESTINY?
Sejauh mana kau berusaha untuk berubah, matlamat kau juga boleh berubah, destinasi kau juga boleh berubah. Matlamat itu membawa kau ke destinasi kau. destinasi kau lah, takdir kau. walau sehebat mana perancangan  kau untuk menggapai matlamat kau, perancangan ALLAH itu jua lah yang terlaksana. ALLAH itu  Maha Hebat ketetapannya. the destiny that have been destined since the early existence of mankind lies within the war in ourselves. 

A.H.E.A.D~
THE END.

..............................................................................................

p/s: entry sempena karnival batch gen09 -A.H.E.A.D. aku pun tak tahu apa aku taep. aku biarkan saja jari-jemari menari laju di keyboard. pertama kali entry blog ada tajuk formal - tajuk orang ramai dikongsi bersama pulak tu. haha. mohon maaf salah silap. jazakumullah kheir.
Read more
0

kenapa nak jugak?

oh. ya. entah kenapa hati berduka, mahu saja mulut berbicara memberitahu bahawa hati terluka tapi rasanya lebih aman andai diam, memendam rasa. optimis. diam bukan tanda lemah, bukan tanda setuju,  bukan tanda suka, bukan tanda sedih - kerana diam itu seribu makna. tidak perlu diteka. ya, biar saja berbicara dengan al-Khaliq - andai aku merupakan the lost soul, so I have to seek the soul creator. ALLAH juga ada hak, hak supaya hamba-hambaNya meminta hanya kepadaNya, kan? 

Andai hari yang berarak awan mendung kelabu, hujan itu boleh bertukar menjadi cerah bersinar hanya dengan rintihan hati seorang hamba kepada Ar-Rahim. ya Rabb. Maka mohon lah terus padaNya. Direct. Namun, persoalannya sejauh manakah kesungguhan hati dalam mengetuk pintu Illahi? Keyakinan? 

Apabila menjalani kehidupan - Tak perlu nak terlebih sensitif. Tak perlu nak  selalu pesimis. Tak perlu serabut 24/7. Tak perlu cakap banyak. Tak perlu sengih tak tentu arah. Tak perlu gelabah tak tentu hala. Tak perlu pening kepala. Tak perlu berduka sepanjang masa. Tak perlu gembira tak ingat dunia. Tak perlu paksa diri, buat setakat mampu. Tak perlu mengada-ngada. Tak Perlu nak terlebih ramah. Tak perlu nak terlebih diam. Tak perlu putus asa. Tak perlu yakin bagai nak rak.  Tak perlu obses gila-gila. Tak perlu abaikan, tak ambil peduli sunggguh-sungguh. Tak perlu nak expect apa-apa sebab semuanya tak tentu lagi.  Tak perlu macam-macam lagi lah.

oih. bersederhana sudah lah.
tapi kenapa nak jugak?

simple. complex. It's the war within ourselves.
oh. Just be the CHANGE that you wish to see in the world.  
Read more
0

kembara hati.

Dalam rasa, hati itu kembali memilih untuk menuju Tuhannya. 
dan ada suara: bukankah menuju Tuhanmu itu memang jalanmu sejak azali?
berbalas: jalan berliku, bersimpang-siur. seringkali tersasar. moga ketemu jalan kembali.

Namun seringkali hati itu sangsi - layakkah hati itu kembali ke jalan suci setelah dirinya hanyut dek arus fasad.? Lantaran fahamannya yang cetek, ego menggunung, tiada pegangan teguh berpaksikan akhirat sana - hati itu tersasar dari matlamatnya di sini. ya. Hati itu yang hakikatnya dulu putih, sarat berjanji dengan Tuhannya tatkala masih tiada terlepas ke sini. Hati itu. hati itu. 

Namun, sepanjang kembara menuju Tuhan hati itu mengutip debu-debu hitam. Tatkala dihimpit resah yang menyesakkan hati itu segera memadam hitam itu. Namun hati itu rapuh - membuatkan hati itu mengutip dan memadam bentuk hitam yang ternyata pergi meninggalkan jejak yang masih berbekas. Andai dihitung, entah mana yang jelas, ya? Hati itu takut untuk menjawabnya. 

Bagaimana mungkin hati itu berkembara menuju Tuhan dalam keadaan hitam? Oh. Tuhannya mahu menduga sejauh mana hati itu mahu kembali kepadaNya. Hati itu raja jihad, dan hati itu juga lah raja jahat. - arghh...the war within ourselves.

Hati itu berbunga, tatkala terbaca sepotong kata dari lembaran-lembaran kalam Ilahi. Ada sinar dari Tuhannya.

[53] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [az-zumar]

Ada khabar gembira, namun kenapa hati itu yang tiada rasa untuk meraikan khabar gembira Tuhannya,? di manakah silapnya? mula menyoal, sejauh manakah rasa bersalah pada Tuhan yang Maha Pemurah? Ya Rabb. Peluangnya sentiasa ada, namun kemampuan itu lah persoalannya. 

dan berkembara ke masa silam itu kerana ibrahnya - bukan untuk menduga seberapa jahilnya kisah silam. Sungguh, berkembara ke masa silam mampu membawa diri ke masa hadapan.

oh. yakinlah kerana Dia itu Tuan, dan kita Hamba-hambanya, maka dari mana lagi kita mahu meminta kekuatan, keampunan, kesejahteraan kalau bukan dariNya?

oh. hamba Kerdil berlagak Gergasi, sedarlah diri.   
Read more
0

belum selesai?

Ya. Ada tukang cerita, Sang Pencerita. Ada pula yang mendengar, si pendengar. Berbicara mengenai masa silam, masa kini dan perancangan masa depan secara tidak langsung. Berdialog dalam untai rasa, membina persefahaman dalam kata. Diam, bicara dan kembali diam. Orkestra rasa dengan teater jiwa dalam rentak fikir dan zikir. Ya Rabb.

terima kasih al-Khaliq, kerana dari sejarah nabi-nabi serta sahabat malah juga daripada alam ini dapat kami mengambil iktibar jua 'ibrah kehidupan. Sungguh engkaulah memiliki hati dan jiwa kami. Tamadun yang ada hari ini bukanlah sia-sia, hanya untukMu - cuma berbeza puak kanan mahupun puak kiri. Kanan atau kirinya menerima buku amalan. Ya Rabb.

Oh. Sang Pencerita jadi terharu, si pendengar jadi terpesona.
Dalam diam, memendam rasa.

Sudah ada amanah yang perlu dilaksanakan.
dalam masa yang sama ada juga jihad yang belum selesai.
dan ada suara: bukankah jihad itu jua amanah?

...................................

Setelah diamati, baru jelas. Soalnya; hati. Ya, hati. Hitam putihnya hati. Apabila hati tidak dijaga sebaiknya amalan tidak akan berkesan. Astaghfirullah. Suatu yang asalnya nikmat menjadi bala andai salah mengemudi rasa dalam jiwa. Oh. Ya Rabb. Ya Rabb.

Fitrah itu perlukan syariat. Syariat itu ialah peraturan ALLAH s.w.t. Melaksanakan syariat ALLAH s.w.t. itu ibadah. Ibadah itu bukan hanya di atas tikar sejadah. Hidup itu ibadah. Fitrah itu  wujud, maka syariatlah yang mengatur, menyubur dan mengawal fitrah. Dua entiti yang perlu sederap bergerak, hilang satu tempang lah amalan.

hati itu, amanah. KERANA hati itu, raja jihad dan hati itu juga raja jahat.

Sungguh, ada jihad yang belum selesai, kan?
dan jihad itu tidak pernah selesai.
bersama amanah itu - ada juga nilai jihadnya, teman.
seberapa besarnya nilai pada manusia, berpeganglah pada nilaian ALLAH.
Read more
4

Lapang?

Aku suka tengok benda yang lapang. Setakat yang aku baca dalam buku apa entah dulu, kajian psikologi pernah cakap manusia suka tengok benda yang lapang ataupun apa-apa sahaja yang boleh menenangkan jiwa. selain benda yang lapang, bunyi-bunyi alam semula jadi [angin bertiup pastu langgaq buluh, langgaq daun - contohnya lah] dan yang sama waktu dengannya. tapi yang aku nak highlight kat sini, sesuatu yang lapang itu mendamaikan. [ya lah, bila ALLAH berkati sesuatu perkara pun, ALLAH akan lapangkan hati kita. Rasionalnya, bila lapang, kita akan rasa tenang lagi mendamaikan lah kan?]

Aku suka kedah. Lagipun, aku suka orang Kedah. Tak kisahlah Kedah celup pun. haha. Aku pun bukan lahir kat sini, tapi aku suka Kedah. East or West, home is the best. Sebab kat kedah ada sawah padi. Kat kawasan perumahan aku ni, tepi tu ada sungai dan sawah padi. Ingat lagi dulu time sekolah especially bila nak dekat exam [contoh masa kritikal time SPM dulu lah] aku akan pergi tepi sungai tu jalan-jalan sepanjang batas tu sambil tengok padi yang hijau tu [kalau time kuning, kuning lah]. Sambil menikmati permandangan, diri bermonolog. Berbicara dalam diam, dalam keindahan alam ciptaan al-Khaliq. Rasanya memang tenang, tak terungkap dengan kata-kata [cubalah]. Mak aku suka memancing kat sungai tu. Aku ni jenis tak sabar nak tunggu ikan makan umpan, makanya aku akan teman mak aku "mengaii" ikan sambil usha padi yang menghijau/kuning [ikut musim].

Kalau aku kat Mesir, aku suka tengok sungai Nil sebab itulah kawasan yang lapang bagi aku - terbentang luas. Sebab kat Mesir sana, bangunan rapat-rapat. Makanya, aku akan jalan sepanjang sungai nil dan menuju ke jambatan ada Singa dekat Tahrir. [apabila berlaku rusuhan, satu dunia kenal Medan Tahrir ataupun Tahrir square]. Rasa tenang dan lapang tengok sungai yang luasnya macam laut. Ya, rasa lapang. Apabila berada dalam masjid pun rasa lapang jugak, kan? :)

Tapi yang bestnya, kat mana-mana pun, langit tetap ada. Makanya, aku  ni pun jadi suka tengok langit yang membiru. lapang kan? Awan, bintang, burung, matahari dan segala aksesori langit itu turut menenangkan. rasa lapang. malam-malam, tengok bintang - diri bermonolog dan berbicara dalam rasa. kena-kena pulak angin best. Sungguh hebat ciptaan al-Khaliq - kat mana-mana pun kita, kita tetap pandang bulan yang sama, kan? hahaha. lapang. lapang. tenang. best. subhanallah.

Seringkali kita terlepas pandang banyak perkara. ish. rabun maknawi rupanya kita semuanya. ya Rabb. meh sama-sama meh, kita gunakan segala pancaindera yang ada untuk ambil manfaat dari semua benda. Sungguh, setiap sesuatu perkara itu, bukan lah diciptakan untuk sia-sia. 


3:189
And to Allah belongs the dominion of the heavens and the earth, and Allah is over all things competent.

3:190

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.

3:191

Who remember Allah while standing or sitting or [lying] on their sides and give thought to the creation of the heavens and the earth, [saying], "Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; then protect us from the punishment of the Fire.


[189] Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  [190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; [191](Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.  

wallahu'alam. till next post!
p/s: nanti aku haplod gamba lah kalau rajin. hehe.
Read more
0

random entry

Air mata meluncur laju. Mulanya hanya sebak, namun tak tertahan juga. Akhirnya, manik-manik jernih itu jatuh. ya, sungguh syahdu. ya, sungguh memberi inspirasi  lah kisah mereka. Kisah itu digarap indah, berpijak di bumi nyata, berpaksikan nilai murni dalam ad-Deen. Tiada yang menyalahi  logik akal. 

Subhanallah - berbaloi pelaburanku membeli kisah tersebut setelah mendapat pandangan sahabatku. Setelah mengkhatam buku itu, benar kata sahabatku *tatkala beliau memperkenal kisah itu padaku* bahawa kisah itu sedikit-sebanyak ada kaitan denganku. Alhamdulillah, tergerak hati mahu membeli buku berkulit merah itu.  

Membuat keputusan membeli buku itu. oh. oh.. thumbs up buat penulis. oh.  Betapa indahnya perancangan ALLAH dengan sifat rahman, rahim, ghafurNya - dan sifat indah yang lain. Oh. aku tak tahu nak gambarkan cerita itu macam mana.  super best. super awesome. kat bawah ni, merupakan antara kata-kata yang aku suka.

"Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak,
tetapi sebagimana yang kita rasa"

p/s: setakat ini, aku sengaja tidak mahu menyatakan tajuk. ;)


Read more
2

Koleksi?

 
bahan bukti :)

pemuda mesir sedang membuat "cocktail" - tepi rumah aku, pandangan balkoni. [dah sikit orang]

sahabat-sahabat dari Jordan.

port aku dan mereka merempat selama percutian berhari dan bermalam di airport. *susun beg macam kubu.

tempat terlindung dari orang ramai untuk berteduh

Malaysians - buat demo depan Egypt Air [office]


tulang belakang, orang kuat. *thumbs up, guys!*



berkampung depan office Egypt Air

abang dan kakak  *mereka adik-beradik lah* - aku balik dengan diorang lah.

pegawai negara komanwel yang berlegar di airport - kami mengadu kat dia jugak masalah kami warga Malaysia ni.

Menteri, YB Kohilan & Duta Malaysia - Mesir

kaunter refund Egypt Air *depan ni lah aku laksanakn teknik drama menggila aku.  shhhh..sapa tau aku buat ape sila diam.


dah nak sampai turki

kaunter emirates

malaysia!

Read more
 

best

jom