RSS
email
0

shutdown.

Read more
1

her BIG day?




Kereta proton saga hitam membelok masuk laju ke jalan Kubang Rotan, mata meliar-liar mencari rumah kenduri. Mata hanya fokus di sebelah kanan jalan lantaran hanya sawah padi jelas terbentang di kiri jalan. Lokasi majlis perkahwinan adik junior kami ni tiada siapa pernah sampai. err kawasan selalu je lalu tapi  maksudnya rumah tu yang tak confirm mana satu. Alaa, usah risau kenduri ni, petunjuknya kereta banyak dan ada bunga manggar. Nah, setelah dapat tempat letak kereta baik punya [kat markas], laju saja kaki melangkah menuju tempat tumpuan jemputan. Disambut mesra tuan rumah [mak ayah pengantin] dan bersalaman, kami kemudiannya terus menuju ke rumah pengantin. Terus-terus kami serbu pengantin yang tengah ada photoshoot. HAHAHA.

Alhamdulillah, selamat sudah adik comel kami ini bergelar suri hati seseorang, bertukar status dan menggalas tanggungjawab baru. Majlis akad nikah berlangsung dipagi hari. Ada suatu rasa yang tak terungkap dengan kata – gembira ada, syukur pun ada, sebak pun ada. Kukira mungkin setiap satu punya penjelasan serta alasan rasa yang hanya jiwa mengerti bahasanya. Sungguh, apabila kita sayangkan seseorang, kita sentiasa mahu dirinya gembira dan ceria..dan andai diizinkan kita mahu sentiasa ada tika gelak tawa apatah lagi tika tangisnya..kan? Oh, ya…Usai berbual-bual dan ucap tahniah serta snap gambar sana-sini, kami keluar makan-makan di meja para jemputan. Terdengar suara, "hah, yang ni bila lagi?" dan hanya mampu tersengih balas.

Sementara menunggu rombongan pihak lelaki, kami berbual-bual lagi dengan the bride. Terasa seperti mini reunion maahad pulak dengan adanya sir Jan berceloteh bersama. Tatkala pakcik deejay mengumumkan ketibaan pengantin lelaki, kami semua buat panjang-panjang leher. Kami kemudiannya dengan pantas dan efisiennya mengatur langkah ke jalan masuk utama rumah kenduri. Rasa berdebar plus bahagia lebih-lebih pulak bila tengok kedua-dua mempelai tengah nak berarak masuk. They’re just so sweet!  

dan masuk-masuk dalam kereta terus laju je menjerit: “T.A.H.N.I.A.H, raihan!”

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)

dan pada hari ini, dua hati telah bersatu. hati yang lain, bila lagi? oh. oh. Fitrah sunnatullah itu tetap akan berlaku, kalau bukan sekarang mungkin pada suatu masa yang ditetapkan nanti. Kalau bukan di sini, mungkin di sana yang lebih abadi. teruskan berdoa..dan sungguh, fitrah itu tidak perlu dilawan, hanya perlu dipandu kemudi iman agar berada di landasan Tuhan.

Allahu rabbi.
Read more
0

sakit?

Dua hari lagi mahu menjawab soalan peperiksaan ilmu gerak kerja badan, badan ini pula yang bergerak kerja tidak kena gayanya, Perut menendang segala apa-apa yang masuk; memberontak sedaya mungkin – berguling ke sana ke mari menahan pedih. Suhu badan meninggi; memuncak – sehingga lampu putih itu dilihatnya warna kuning. Otak yang sedia berlipat-lipak membentuk gyrus itu, seakan dikilas lagi dibilas – sehinggakan pening berkerut-kerut muka rasanya.

 

Terbaring lesu,

 

Tatkala ini teringat kata seseorang, sakit itu sepatutnya tidak menjadi alasan untuk tidak belajar ataupun untuk tidak cemerlang. Ya. mungkin saat itu mahu sahaja memberontak membiarkan takdir menentukan segala. tetapi, mungkin Dia memberikan ujian supaya itu menjadi asbab Dia menolongmu, teman. kan lebih indah kalau bersangka baik dengan tuhanmu?

 

Do you believe that God gives more to some and less to others?

Often, we're trained to believe that's the way it works. But Allah Almighty is Al-Adil - the Just - and that wouldn't be entirely fair, would it?

In reality, God's love, bounty and grace is emanating from the Divine Presence and being given freely and equally to all of creation.

Yet everyone does not receive equally.

The real difference is not in what God gives, but in our ability to receive.

you can allow more good into your life by learning how to dissolve internal barriers to prosperity - by learning how to dissolve internal resistance.

 

Biarkan rasa sakit ini. Biarkan rasa penat ini. Walau masa itu terasa seperti menyesakkan, menghimpitkan lagi menyempitkan, yakinlah bahawa disitu ada yang Maha Melapangkan. Moga, ALLAH memakbulkan doa kedua ibu bapa yang telah mendidik diri ini tanpa pernah jemu. Tiada apa-apa yang diharapkan melainkan kejayaan yang dapat menggembirakan hati mereka.

 

Wallahu’alam.

Read more
4

pahit?

Mengeluh.

 

Buku ilmu gerak kerja badan itu perlahan-lahan diletakkan di sebelah. Tersandar di kepala katil, merenung kalendar mini musim peperiksaan yang dipangkah sehari-hari. Stok makanan diselongkar. Hati resah. Sesak rasanya. Penat. Kotak dark chocolate itu dicapai, laju je dibuka. Coklat yang berbaris rapat - dipatahkan satu demi satu. Direnung coklat itu dalam-dalam seolah-olah masih ada perkara yang belum selesai antara coklat dan mata yang merenung – entah kenapa tidak dapat dikenal pasti. Kemudian, dibiarkan saja rasa pahit itu mencair dalam oral cavity.

 

Tersenyum sendiri.

 

Kenapa rasa pahit ini sungguh menenangkan?

 

sudah lama taste buds tak ketemu rasa ini. tetapi sesekali rasa, tenang jadinya. Bagaimana mungkin rasa pahit itu menenangkan? Kembali merenung masa silam, moga ada perkaitan. oh. Ya. kukira rasa pahit itu, tiada semuanya memusnahkan, acapkali rasa pahit itu sering disalahtafsirkan. Kasihan si Pahit - dianaktirikan. Manis juga disanjung tinggi. Lihatlah, berapa ramai yang memuja rasa manis. Sedangkan disetiap yang manis itu, ada pahitnya. dan yang pahit itu ada manisnya. kini, rasa manis dan pahit menjadi subjek. Mana mungkin, coklat yang manis itu terus-terus rasa manis? Coklat manis itu terhasil dari koko yang sememangnya pahit, teman. Kalau tak ada yang pahit, mana mungkin yang manis itu disanjung?

 

Mungkin begitulah juga dengan ilmu. Kalau tak dirasa susah-payah serta penat-lelah nak mendapatkan ilmu walau sebarang dua, mungkin tak dihargai ilmu itu. Mungkin jikalau tidak dirasakan sesak seperti ini, takkan tergerak untuk berusaha walau masa terasa seolah-olah telah tiada. Banyak lagi yang tak terkejar. Merangkak-rangkak helaian demi helaian. Allah. Campakkanlah rasa syukur padaMu. Susah lagi nak bersyukur dari bersabar.

 

Kenapalah hati mengeluh walau hanya diuji sejentik-dua? Allah itu sentiasa ada dan sentiasa menanti hambaNya meminta-minta padaNya. Allah, tenangkanlah hati ini. Tabahkanlah hati ini. Tetapkanlah hati ini pada jalanMu. ameen ya rabb. Walau hanya sekecil cuma, dari coklat pahit inilah hati kembali berbunga-bunga riang -  kerana ada hikmah disebalik rasa. Tiada satu pun yang sia-sia, ada hikmah disebalik semua.

 

sedar-sedar dah berbaris-baris coklat terkorban. hahahahaha.

Read more
0

Penyoal dan Mentor

Tengah-tengah serabut mengulang kaji pelajaran ilmu badan dan ilmu cara kerja badan, mulalah jadi tak faham apa sahaja kaitan antara keduanya? mulalah hati mengutuk ini salah sistem segala bagai, sebab tu tak faham. ye lah, time ulang kaji baru sedar yang diri tak faham mana - dah la imaginasi tak tinggi mana. Setelah berminit-minit bermonolog meningkatkan tekanan darah yang sedia rendah, barulah terdetik di hati bahawa sungguh tiada manfaat mengutuk sana-sini – lebih baik berusaha untuk mengatasi kelemahan yang berjaya dikesan. oh. yang berjaya dikesan boleh lah bertindak, yang belum dapat dikesan cemane ye?

 

…………………………………

 

Dulu-dulu, pada suatu hari si Penyoal berjumpalah dengan sang Mentor. Kebetulan ada perbincangan akademik, maka bertubi-tubi soalan diledakkan tanpa segan-silu dan dijawab dengan penuh tenang oleh sang Mentor – gaya matang penuh hikmah. ye lah, soalan orang tak puas hati, tak faham kaitan – soalan itu berbaur emosi, mohon pencerahan, mohon penerangan mudah. Muka super berkedut lagi berkerut si Penyoal berjaya di’botoxkan’ dengan mudah oleh sang Mentor.

 

antara soalan: satu: otak tu kan cemane sebenanye? kalau ikut yang belajar ada bahagian kelabu, bahagian putih. pahtu celah mana pulak segala mendalah yang keluar nih? yang jadi neuron hantar maklumat? cemane je haa? pahtu cemane plak de ade tugas-tugas plak? cemane stuktur nih buat keje? *sigh* nak gambaran keseluruhan, sebab tak cekap nak gabungkan maklumat. *jawapan epik tapi itulah hakikat* dah usha atlas, tapi masih kurang mengerti.

 

nak tahu macam mana sang Mentor menghilangkan kesangsian si Penyoal?

 

……………………………….

 

Baiklah, analogi mudah – apakah komponen yang membentuk awan? debu-debu super halus dan wap-wap air yang terkondensasi, kan? banyak ke sikit? mestilah banyak, tapi kita tak nampak. Secara mudah, macam tu lah otak, yang kelabu tu sel yang tak berbalut – sebab tu kelabu dan yang putih tu berbalut – sebab tu lah putih. Neuron itu super duper halus, dan banyak.

 

Dan otak itu ada banyak bahagian, dan dari bahagian itu keluarlah segala wayar-wayar berkaitan dan  bergabung menjadi sekumpulan pasukan gerak kerja hebat. setiap bahagian otak ada tugas masing-masing. Otak merupakan suatu organ yang masih belum habis dikaji, bukannya seperti buah pinggang yang macam sudah lengkap datanya, Kebanyakan gerak kerja otak, fungsi otak masih dalam kajian dan kebanyakan perkara mengenainya masih lagi teori-teori.

 

daripada otak di atas, turun ke bawah melalui tulang belakang, keluar ikut pembahagian menjalar ke seluruh badan, membahagi-bahagi. Macam lebuhraya, ada susur keluar dan ada simpang masuk. yang utamanya, otak dan saraf tunjang itu menjadi nerve yang lain.

 

otak nak merancang tindakan - kumpul maklumat sahaja sudah memerlukan pelbagai maklumat dari pelbagai anggota badan. Maklumat yang dikutip, sampai kat litar kumpul maklumat susah payah lagi hantar kat pusat perancangan. Setelah sampai di pusat perancangan hantar pulak kat pusat pelaksanaan. Pastu pusat pelaksanaan pun buat kerahan tenaga, sebarkan maklumat yang telah diproses bersama tindakan yang patut diambil. Allah.

 

Otak itu, ibarat lebuh raya maklumat sibuk ke sana ke sini. Sibuk je, tak putus-putus – tak juga penat-penat. Nak sebut A-L-H-A-M-D-U-L-I-L-L-A-H pun otak sibuk, tak lepas tangan tolong fikirkan, macam mana nak laksanakan sebutan Alhamdulillah. Gerakkan lidah, getarkan vocal cord, corakkan perasaan. Nak lafaz kalimah syukur pun otak buat banyak kerja, bersyukurkah kita? Be grateful, act like one.

 

Allah.

 

………………………….

 

itu baru satu, belum lagi dua tiga seterusnya.

Read more
4

rasa bertuhan lagi bertuan?

 

Andai diri diakari rasa berTuhan,

hidup rasa kebersamaan ar-Rahman,

liku-liku kehidupan seolah-olah berpanduan,

tenang dalam menghayati kalam Tuhan,

mensyukuri segala nikmat yang dicurahkan,

tidak mensia-siakan segala yang diciptakan,

semuanya sentiasa mahu meraikan,

amalan sentiasa ditingkatkan,

diri terasa diperhatikan.

 

Rasa berTuhan, kerana kita makhluk Tuhan.

Rasa berTuan, kerana kita hamba kepada Tuan.

kan indah kalau hidup diakari rasa berTuhan lagi berTuan?

@haret silim,

130511.

Read more
0

dan kerana?

Tuhanku jua punya hak. Hak untuk hambaNya meminta kepadaNya dan hanya kepadaNya. Maka selaku hamba, pada siapa lagi harus disalurkan permintaan ini kalau bukan padaNya?

 

Doa atas talian Tuhan itu sungguh indah – kerana bebas meminta dan berdoa terus padaNya. dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan seorang hamba dengan Tuhannya, maka kepada siapa lagi dia mahu meminta kalau bukan pada Dia? Tuhan itu mengerti bahasa hati, mengerti segala bahasa kerana Tuhan itu Maha Mengetahui. Maka kenapa perlu menidakkan fitrah diri seorang hamba meminta pada Tuhannya hanya kerana mamagari diri dengan ego? Ego itu tidak membawa sesiapa pun  pergi jauh dalam kembara ini.

 

Biarlah meminta-minta dengan Tuhan, Dia rindukan suara ini– lantas ada sahaja detik-detik ujian supaya tersedar kekhilafan diri - supaya kembali padaNya. Sungguh, sekali bertindak nekad melangkah ke arah Tuhan, insyaALLAH usaha itu tiada sia-sia. Sungguh kembara menuju Tuhan itu jalannya berliku-berliku. Pimpinlah tangan ini, teman!

 

Aku yakin Tuhanku itu telah sediakan yang terbaik buatku walaupun seringkali aku memberontak dan tersasar, rebah bukan sekali dua, berubah mahupun diubah. Ayuh memilih untuk yakin dan terus yakin kerana kepada siapa lagi keyakinan itu harus disandarkan kalau bukan kepada Tuhan yang melaksanakan apa jua yang Dia mahukan?

 

dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan, segala-galanya berkemungkinan.

Read more
 

best

jom