RSS
email
0

oh. A-HEAD?

GAMBAR HIASAN: kucing saiko. hampeh.
oh. A.H.E.A.D.?
sekali imbas macam A-HEAD. satu kepala. pulak dah! 

AHEAD? menuju ke hadapan? ish. memanglah kita menuju ke hadapan, tiada yang mahu menuju ke belakang. oh ya, mungkin mahu menuju ke depan tapi mentaliti ke belakang? mungkin ya. mungkin tidak. Hakikatnya, semua nak menuju ke depan cuma jalan yang berbeza, fikrah berbeza - tapi matlamat sama.

setelah merisik khabar apa maksud mendalah five-letter-word keramat yang dikomersialkan di sana-sini ini, baru aku tahu: A.H.E.A.D = Awaken. one HEart. one Destiny. one Aim. pulak dah! berat sungguh maksud mendalah five-letter-word ini. kenapa aku cakap berat? sebab aku rasa ada tanggungjawab di situ.

...............................................................................................

Awok. Awek. AWAKEN.: Stop sleeping, make aware.
oh. oh. kita ini suka tidur, tidur maknawi, tidur hakiki. tidur je. buat-buat tidur. buat-buat tak tahu. bila orang cakap "oih, sedar lah blablabla" dan yang sewavelength dengannya - kau buat tidur, buat tak tahu. kan? macam ini lah ragam pemuda-pemudi harapan bangsa hari ini. suka buat tak tahu - walaupun dia tahu atau memang tak tahu. macam mana nak maju? bukak minda. sama-sama meraikan. kau tu, kalau nak tegur, jangan main belasah, bukan semua orang sama wavelength dengan kau. dan kau pun, jangan lah ego menggunung meluas bak lautan, kepala kau sahaja betul. oh. sungguh, kan senang kalau meraikan? tadela sakit jiwa. penting di sini: walau bagaimana cara pun, kau sendiri perlu bangun, sedar dari mimpi yang panjang - kesedaran diri!

One HEART: many to one - act as one. 
Kau tahu? Kesedaran diri mula-mula ALLAH campak dalam hati? kesedaran apa-apa pun.
oh. Dah ramai-ramai macam ini, macam-macam jenis hati ada. Hati yang memang dah kat Mesir. Hati yang tertinggal di Malaysia. Hati dari utara; Hati dari selatan. Hati dari pantai barat. Hati dari pantai timur. Hati dari central region. Bagaimana mahu membina kesatuan hati dalam kepelbagaian ragam? oh. ya. paling mudah dan paling susah - berlapang dada? doa rabitah? haha. kau tahu itu semua, tapi adakah kau maksudkan apa yang kau kata? He knows. Membina persefahaman dalam untai kata, melalui rasa. Bagaimana mahu berbicara soal one Heart andai antara kita masih ada yang ragu-ragu hatinya? oh. May  ALLAH guide us all in this path of Faith; If ever the soul is lost, seek the soul Creator.

One AIM?
Tujuan. Matlamat. Apa Perancangan kau? set your aim. our aim. and work for it!
tak perlu aku berbicara apa matlamat kau, apa matlamat aku. sebab semua orang ada matlamat masing-masing. dari sekecil-kecil matlamat sehingga sebesar-besar matlamat. sedekat-dekat matlamat sehingga sejauh-jauh matlamat. Matlamat dekat lagi kecil itu, bakal membawa siapa kau dalam matlamat jauh lagi besar itu. Bermula daripada kesedaran ALLAH campak dalam hati itu, kau mula menapak mencari arah membina diri menggapai matlamat. Sungguh, kita punya dua tanggungjawab; khalifah dan hamba. satu kemuliaan mahupun penghinaan? moga ALLAH tetapkan hati kita, matlamat kita pada jalanNya.

One DESTINY?
Sejauh mana kau berusaha untuk berubah, matlamat kau juga boleh berubah, destinasi kau juga boleh berubah. Matlamat itu membawa kau ke destinasi kau. destinasi kau lah, takdir kau. walau sehebat mana perancangan  kau untuk menggapai matlamat kau, perancangan ALLAH itu jua lah yang terlaksana. ALLAH itu  Maha Hebat ketetapannya. the destiny that have been destined since the early existence of mankind lies within the war in ourselves. 

A.H.E.A.D~
THE END.

..............................................................................................

p/s: entry sempena karnival batch gen09 -A.H.E.A.D. aku pun tak tahu apa aku taep. aku biarkan saja jari-jemari menari laju di keyboard. pertama kali entry blog ada tajuk formal - tajuk orang ramai dikongsi bersama pulak tu. haha. mohon maaf salah silap. jazakumullah kheir.
Read more
2

Koleksi?

 
bahan bukti :)

pemuda mesir sedang membuat "cocktail" - tepi rumah aku, pandangan balkoni. [dah sikit orang]

sahabat-sahabat dari Jordan.

port aku dan mereka merempat selama percutian berhari dan bermalam di airport. *susun beg macam kubu.

tempat terlindung dari orang ramai untuk berteduh

Malaysians - buat demo depan Egypt Air [office]


tulang belakang, orang kuat. *thumbs up, guys!*



berkampung depan office Egypt Air

abang dan kakak  *mereka adik-beradik lah* - aku balik dengan diorang lah.

pegawai negara komanwel yang berlegar di airport - kami mengadu kat dia jugak masalah kami warga Malaysia ni.

Menteri, YB Kohilan & Duta Malaysia - Mesir

kaunter refund Egypt Air *depan ni lah aku laksanakn teknik drama menggila aku.  shhhh..sapa tau aku buat ape sila diam.


dah nak sampai turki

kaunter emirates

malaysia!

Read more
4

Rusuhan Part 12


PART 12  

Sampai di Dubai, transit di sana. Beg kertas aku isi barang aku buat barang hand-carry memang koyak-rabak. nak buat macam mana time serabut-serabut tempoh hari, hanya beg kertas tu jep yang aku sempat capai. Makanya, aku perlu mencari beg untuk mengisi barang-barang tersebut. 

pergi gate, gate tak bukak lagi. aku pun pusing-pusing, dan terjah kedai yang jual barang cenderamata Dubai. aku rembat beg dan tali yang gantung mp3, kunci tu. semuanya 70 dirham. Waktu bayar, aku ditegur.

cashier: Al-Azhar University, Cairo? *sambil mata fokus kat logo di jaket al-Azhar milikku* from Egypt, miss?
me: nahhhh. I'm not Egyptian, sir. I'm Malaysian. i'm from Cairo university.
cashier: oh. you don't look like someone from there. You don't look like Egyptian. How's flight?
me: haha. i'm not egyptian. oh. my. do you know the crisis there? it's hard to get out from Cairo. blablabla *muka penat*  
cashier: yeah. i heard it from the news blablabla.

panjang la jugak sembang. tapi aku cepat-cepat mintak diri sebab penat dan perlu berkejar kembali ke gate. risau pulak nanti terlepas flight. *fobia* kat Dubai dah nampak ramai Malaysian Lupa pulak nak cerita, kat istanbul, flight yang sama - ada jumpak makcik dan kakak lain dari cairo jugak tapi mereka pergi syria dulu. kami satu flight. dah ramai malaysians nih, bertukar-tukar ceritalah dengan mereka. berkongsi pengalaman kami dari Cairo. Aku banyak tidur je dalam flight balik Malaysia ni. sepanjang flight dari cairo, asyik mintak plain water and sweets sebab aku pening. 

Touch down di KLIA pada pkul 1455, Jumaat (040211). Terus aku call nsan tersayang aku. :) Dari KLIA naek KLIA express ke KL sentral. dan di sana ada yang menanti kepulanganku :)


 Wassalam.  Tamat coretan – rusuhan!

Read more
0

Rusuhan Part 10


PART 10

Flight yang dijanjikan tak kunjung tiba. Tiada khabar berita. Malam tu, rakyat malaysia yang ada buat mogok. Dijanjikan pulak flight pukul 5 pagi. Tunggu lagi, hanya tinggal janji. Mogok lagi. Janji pulak pukul berapa pulak entah – pukul empat rasanya. 

Pihak bertanggungjawab akhirnya datang membentangkan pelan mereka. Setelah menggunakan kuasa yang ada, negotiate lagi. Katanya flight ada, pukul empat. Tunggu punya tunggu, tak ada jugak. Tak tahu nak gambarkan runsingnya fikiran, serabutnya kepala, sakitnya rasa hati tika itu. ALLAH. Setelah petang tuu macam tu, setelah mogok hampir empat kali juga jumlahnya – barulah pihak Syarikat Egypt Air ambil tindakan sediakan hotel untuk kami dan menjanjikan flight.*dapat mandi!*

Aku dah beli tiket pergi istanbul. Egypt Air janji ada flight esok. Evacuation to Jeddah ada jugak. Serabut mahu membuat pilihan. Perlu memikirkan risiko yang ada. Setelah banyak kali kena tipu, rasa dah hilang kepercayaan. Evacuation tu pun, aku tak tahu adakah aku dapat balik awal. Turkish airlines flight diorang memang insyaALLAH on ja. Maka nanti ampai istanbul kejar flight emirates pergi dubai then ke kuala lumpur – begitulah perancangan.

Malam tu dekat hotel, aku yang suka makan ni tak lalu makan. Macam-macam rasa. Aku buat keputusan – esok pagi refund tiket egypt Air and then naek turkish airline.

Pagi tu, refund tiket kena tunggu akauntan datang pukul 10 pagi sedangkan sampai airport pukul 8 pagi. Tunggu je. Time refund tu lah, buat hal macam-macam pulak – bagi alasan je banyak. kesah apa pakcik arab tu nak cakap apa, janji teknik aku buat gila kat kaunter dia berkesan. Alhamdulillah dapat refund.

Egypt air bagi another route kat kitorg. Cairo to jeddah to kuala lumpur. But then, aku go on with the plan which is to istanbul. Aku dah dapat refund. Nak buat cemana, memang takde rezeki Egypt Air. Aku memilih Egypt Air untuk balik winter break ni waktu bulan 12 hari tuu  lagi just sebab penerbangan direct to kuala lumpur. Agaknya, dah bukan rezeki – tadelah jugak walau macam mana pun.

Aku perlu tiba di KLIA secepat mungkin, itu saja pintaku. Makanya aku terpaksa go on dengan plan asal. Aku macam fobia dengan Egypt Air. Rata-ratanya kalau ditanya, rasa kesian dengan rakyat Mesir  *dengan situasi mereka* namun tetap akan memboikot Egypt Air sebab tindakan diorang macam entah apa-apa. ya,  dengan ini aku isytiharkan bukan senang nak deal dengan warga Arab, tahu?
Read more
0

Rusuhan Part 9


PART 9

Ramai orang terkandas di Cairo International Airport, itu maklumat yang aku dapat. Namun aku terus jua perjalanan ke airport. insyaALLAH, ada rezeki balik – baliklah aku, kan? Sebelum bertolak ke airport, ada yang mengirim makanan buat sahabat dari jordan dan orang lain di airport yang terkandas. Ada yang hampir hampir seminggu! Aku bawak je semua barang dan bertolak pergi airport.

Bertolak ke airport bersama pidot dan faris. Sampai airport ramai betul manusia. ALLAH. ALLAH. Flight aku sepatutnya tengah malam nanti. “Kita tengoklah macam mana nanti ya, insyaALLAH kheir,” bisik hati kecilku.

Aku terus jumpa rombongan Jordan – shath, saiyyid and akhawat jordan yang laen. Enon ketua group. Rupanya lebih ramai yang terkandas, bukan mereka saja. Ada yang sampai-sampai Mesir tak dapat keluar airport – terus lepak dalam airport. Percutian di airport ni sebenarnya mengajar banyak skills for survive, nak-nak pulak dengan orang arab Mesir ni.

Lepak punya lepak tiba-tiba datang rombongan Malaysian Student Department (MSD) dari  Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) bawak makanan untuk yang terkandas di airport. Ada pakcik tu cerita makanan yang beliau beli kat airport itu harganya memang cekik darah. Dah la ada tax lebih-lebih, pastu ditambah pulak dengan ambil kesempatan ramai orang kat sana – maka, melambung-lambunglah harganya! Kami tulis nama kat kertas dan serahkan kat pegawai yang hadir.

Malam itu flight aku cancel. Sedih. Tapi katanya ada pada esok hari.
Read more
0

Rusuhan Part 8


PART 8

Lepas hantar zatil dan memulangkan kunci imarah kepada makcik inas, aku membuat beberapa panggilan telefon. Fatin tak sihat, aku tolong urut-urutkan. Semalam perut beliau meragam, puncanya tidak dapat dikenal pasti. Fatin mintak aku belikan pisang, sumber tenaga segera tapi kedai setahuku semuanya tutup. Aku lepak-lepak kejap. Entah kenapa, aku tutup semua lampu. Duduk-duduk kejap pastu aku tertidur sambil pegang pisau.

Aku terbangun dari tidur dek bunyi jet pejuang yang bunyi dekat sangat. Aku yang membesar dengan LIMA yang kat langkawi tu, kenal sangatlah bunyi tu. Ini bukan sesuatu yang bagus. Makin membuatkan kerisauan menggila ada lah. Dekat gila jet pejuang tu. Astaghfirullah. Ya rabb!

Kali ini, ruang angkasa semakin meriah. Dah la ada helicopter, pastu sekarang ni ada pulak jet pejuang meramaikan ruang udara. bagus sangatlah tu. ALLAH. ALLAH.

Pekeliling perubatan hanya disampaikan melalui pembacaan di telefon. Ya Rabb. Keadaan genting. Aku dapat tahu abang Baihaqi yang jadi mas’ul kawasan. Aku telefon beliau, tanya pasal flight aku esok. Beliau cakap kena telefon En. Hazam (pegawai JPA) cemana situasi semasa. Ya Rabb. Rabbuna yusahhil.

Warga Malaysia di sayyeda dan abou risy, dipindahkan ke mouniera kerana sana makin bahaya. Rumah aku ahli beit k.yana, k.as dan k.lee yang akan masuk. Ya rabb. Ya rabb. Selamatkan. Irhamna ya Rabb. Ameen.

Aku bergelap. Sebarang bentuk bunyi membuatkan aku seperti mahu menangis. Risau. Risau, Kalau dalam movie, tahu jalan cerita – ini reality beb! Dah maghrib, sayup-sayup azan kedengaran. Luar diam-gila-nak-mati. Aku usha rumah jiran, lampu tutup jugak. Ya Rabb. Selamatkan. Selamatkan. Ameen.
Read more
0

Rusuhan Part 7


PART 7

300111- Pagi ini baru aku dapat tahu bahawa Kheir Zaman kena rompak. Patutlah tutup semalam. Lepas tu, kanak-kanak gen09 yang nak ke turki pulak stranded kat cairo international airport. Pulak dah. ALLAH.  Dari pukul 3 petang semalam delayed ke 4 petang semalam. Alih-alih delayed sampai 3 petang hari ini (setakat yang aku tahu la). Kyra pulak bagitao aku dia balik sekali dengan aku esok (insyaALLAH) sebab ayah beliau dah booking ticket. Moga kheir kullu. Ameen ya rabb.

Pagi ni jugak, Zatil (adik rumah aku) balik. Beliau telefon sebab imarah tak boleh masuk. Ada kunci (imarah kami tak berkunci) rantai besi besar-besar dengan mangga. Aku pun ketuk la pintu jiran aku, mintak kunci. Beliau ke balkoni rumahnya untuk memastikan perkara yang aku cakap.

Pihak kedutaan dan Pegawai JPA suruh kami (warganegara Malaysia) stand-by dengan satu beg ade passport dan barangan berharga just in case kena balik Malaysia. Dengar cerita, kalau keadaan huru-hara dalam masa 3 hari, semua kena balik Malaysia ikut tentera. Wallahu’alam.

Muhafazah (daerah) lain apa cerita ya? Oh. Keadaan kat Alexandria, Mansoura dan Tanta huru-hara jugak. Dieybo dan aten kat Alexandria terkandas tak boleh balik cairo lagi. Kat sana dahsyat la jugak, masuk dalam rumah pe sume. Tembak-menembak tak payah cerita (macam cairo jugak), sampai ada yang mati dah. Innalillah. Kat Mansoura pulak, Onie cerita beliau kena bergelap demi keselamatan. Pantang nampak lampu, mesti jadi target. Kat lorong rumah beliau, dah dahsyat-dahsyat. Rumah pecah sebab huru-hara yang melanda dan macam-macam lagi. Kat Tanta pun sama, rumah turut jadi mangsa serangan. Kalau dah rumah jadi mangsa, penghuninya macam mana? Lagilah mangsa. Semua kena berjaga-jaga. ALLAH. ALLAH. Dahsyat sungguh kebangkitan rakyat Egypt ni.

Mungkin bagi sesetengan pihak yang baru masuk mesir macam anggap ini normal, so tak payahlah nak gelabah, contact sana-sini suruh jaga diri bagitau berita terkini. Orang telefon macam mana keadaan, boleh pulak dibalas dengan jawapan seolah-olah orang yang ambil berat ni gelabah, menyibuk keadaan pihak tersebut. NO! Ini merupakan kali pertama. Kat negara orang cek oii. Even jiran aku pun pesan macam-macam. Itu rakyat sini yang pesan, siapalah kita nak buat relax boleh? Terkejut jugak aku apabila ada jugak berita macam ni sampai kat telinga aku. Sahabat aku la cerita kes ni kat aku. Dugaan. Dugaan.

Haa. Pasai zatil tadi ni, zatil stay rumah kawan beliau, dah beberapa hari tak boleh balik sebab keaadan macam huru-hara je padehal rumah kawan beliau dekat je. Demi keselamatan, tak boleh keluar. Pagi ni, beliau datang ambil dokumen penting dan barangan keperluan. Keadaan di luar lengang-gila-nak-mati cuma kadang-kadang dengar bunyi bising-bising – tu pun sekejap. Kedai semua tutup rapat-rapat. Pintu berkunci. Macam pekan koboi dah rasanya!

Selesai menghantar zatil ke pintu imarah, dah babai-babai ucap selamat ape semua - aku lilit semula rantai besi tuu. Pastu letak mangga. Saat aku pulangkan kunci imarah kat makcik inas, aku bertanya padanya pasal hal ehwal semasa. Beliau mengkhabarkan bahawa ada perompak, pencuri yakni penjenayah merata-rata masuk rumah dan menggugat keselamatan orang awam. Makanya, sebab tulah pintu imarah berkunci dan semalam ada pakcik arab jaga luar imarah, jaga lorong rumah. Beliau memesan supaya stay je dalam rumah, kalau orang tak kenal ketuk pintu jangan buka. Aku cakap kat beliau aku takut, dia mengucapkan kata-kata selamat dengan muka penuh risau. Oh. Aku sayang makcik Inas! Rabbuna yustur!

Ya rabb. Ya rabb.

[to be continued]
Read more
 

best

jom