RSS
email
0

tanda cinta?

Kerana cinta itu suatu kecenderungan yang amat kuat dalam diri kepada sesuatu atau seseorang dan mampu memberikan kekuatan kepada sang Pencinta, ada yang tersalah meletak cinta. Tersilap langkah dalam memilih cinta. Ya, apabila tersalah meletak cinta - bagi yang merasa betapa indahnya cinta itu pasti kenal jua betapa sakitnya jiwa tanpa cinta. 

Kadangkala, kita mencintai manusia lebih dari segala, sehingga terlupa objektif fitrah cinta itu ada. Cinta bukan Tuhan. Tapi cinta itu alat, wadah serta wasilah mengenal Tuhan. Apabila tersalah langkah dalam memilih dan meletakkan cinta, boleh jadi Allah menarik kembali nikmat cinta sementara itu - supaya kita belajar untuk kembali bergantung, sayang dan cinta hanya padaNya. Andai manusia itu mengerti nikmat cinta bersumber lagi berteraskan Allah, pasti dia mengetahui dia bakal punya segala. Apabila rohaninya dididik untuk mengenal  dan merasa cinta Tuhan - mental, emosi serta fizikalnya turut terdidik sama cemerlang. Terjejas rohani tiada diakari rasa bertuhan, tempang segala amalan kehidupan. Tiada ketenangan, tiada kekuatan kerana cinta Allah jika hilang - tiada panduan. 

Cinta pada makhluk, ada depan mata, nampak rupa, dengar suara, dikirimkan berita - tapi tak selamanya ada. Manakala cinta Allah sentiasa ada tapi perlu mujahadah (sungguh-sungguh) kerana tak dapat jawapan serta merta, tak dengar suara, tak nampak dek mata. Indahnya cinta ini kerana cinta pada Allah membuahkan rasa kebergantungan pada-Nya. Kebergantungan pada Allah itu, memberikan kekuatan tak tergambar dengan kata-kata kerana Dia punca segala kekuatan dan keindahan, terkandung dalam namanya yang indah.

"Tanda orang yang cintakan Allah adalah sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingati-Nya." - Imam al-Junaid
Allah jua lah yang paling mencintai kita - lebih daripada sesiapa yang telah, sedang atau akan mencintai kita. Sungguh, Allah jua lah yang menitipkan segala rasa cinta padanya untuk mencintai kita. Hakikatnya, Allah yang menghadirkan cinta. Bersyukurlah andai ada yang Allah titipkan rasa fitrah cinta pada lubuk hatinya, tapi hakikatnya Allah lebih menyayangi anda - kerana telah menghadirkan rasa cinta pada hatinya untuk mencintai anda! Subhanallah. Ayuh amalkan doa nabi Daud A.S!


Persoalan utama, sejauh mana anda beramal dengan rasa cinta itu, untuk mengenali-Nya?



Read more
0

ke mana?

Ternyata setelah lama sepi tanpa berita, tergerak rasa hati untuk kembali membiarkan jari-jemari menari dalam gerak rasa menuturkan kata yang tiada terungkap dengan kata. Moga kalian semua sentiasa berada dalam redha-Nya.

Selesai kalam pembuka bicara.
Ayuh maju ke perkara seterusnya. Pesanan buat aku dan kamu serta kamu.

maksud gambar:  Jadikan diri kamu bersama Allah, maka Allah akan bersama kamu. 

Terketuk rasa hati kala membaca kalam ini. Sering saja kita mendoakan supaya Allah bersama kita walhal pada hakikatnya, Allah sentiasa saja ada tetap di situ menanti kita kembali pada-Nya. Tidak bergerak, tetap menanti. Tetapi kita sering saja  menjauhkan diri daripada-Nya. Terlalai, dan terus mengikut arus perubahan zaman fitnah dan akhir zaman tanpa punya pasak iman kukuh. Bagaimana mungkin iman yang tiada tetap itu mahu berpasak dalam dada andai tiada ditambah nilai tatkala perlu? Adapun jauh tersasar - Allah itu sentiasa ada, tunggu kita saja menuju-Nya.

Berbicara perihal zaman fitnah, sering saja diungkap istilah hebat ini - namun, tidak ramai yang mengerti maksudnya. Baru saja terjumpa makna istilah ini, tidak lama dulu. Zaman fitnah itu merupakan suatu zaman yang tidak dapat dikenal pasti kebenaran yang sebenar-benarnya kerana berlaku penyelewengan dalam segala fakta yang ada. Zaman fitnah ini bermula semenjak kewafatan Saidina Uthman - dirakamkan dalam sejarah Islam bahawa selepas kewafatan beliau lah bermulanya segala kecelaruan dan perpecahan. Segala yang penting dalam menelusuri zaman ini adalah dengan beramal dan bergerak dengan segala yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Segala yang berlaku, bukanlah suatu kebetulan - tapi bermula dengan suatu pilihan. Pilihan yang menentukan segala pengakhiran. (al-Balad, 10) Pilihan kepada bisikan menyesatkan  sehingga wahyu disisihkan ataupun pilihan kepada seruan Tuhan, kembali ke pangkal jalan - fitrah penciptaan insan. Fitrah itu hakikatnya hanya ada dua semata-mata iaitu hamba dan khalifah - tapi mengapa saja susah dilaksanakan? Sedangkan Habibuna Rasullullah S.A.W insan konfem syurga itu pun melalui onak duri liku perjuangan kerana mahu membuktikan kehambaannya pada Allah dan melaksanakan tugasnya sebagai khalifah memakmurkan bumi Allah dan mendidik lagi mentarbiyah insan agar tetap pada kebenaran, layakkah kita yang bersenang-lenang lagi jauh dari Islam ini nak claim syurga? Irhamna Ya Allah.

Teruslah bergerak. Teruslah mencari hikmah. Teruslah mengenal Tuhan. Teruslah! Ayuh, sama-sama memilih untuk menuju Tuhan, berteraskan kebenaran al-Quran dan as-Sunnah. Bukankah selangkah kita kepada-Nya, berlari Dia menuju kita?

Persoalannya, langkah kita ke mana?
Read more
0

shutdown.

Read more
1

her BIG day?




Kereta proton saga hitam membelok masuk laju ke jalan Kubang Rotan, mata meliar-liar mencari rumah kenduri. Mata hanya fokus di sebelah kanan jalan lantaran hanya sawah padi jelas terbentang di kiri jalan. Lokasi majlis perkahwinan adik junior kami ni tiada siapa pernah sampai. err kawasan selalu je lalu tapi  maksudnya rumah tu yang tak confirm mana satu. Alaa, usah risau kenduri ni, petunjuknya kereta banyak dan ada bunga manggar. Nah, setelah dapat tempat letak kereta baik punya [kat markas], laju saja kaki melangkah menuju tempat tumpuan jemputan. Disambut mesra tuan rumah [mak ayah pengantin] dan bersalaman, kami kemudiannya terus menuju ke rumah pengantin. Terus-terus kami serbu pengantin yang tengah ada photoshoot. HAHAHA.

Alhamdulillah, selamat sudah adik comel kami ini bergelar suri hati seseorang, bertukar status dan menggalas tanggungjawab baru. Majlis akad nikah berlangsung dipagi hari. Ada suatu rasa yang tak terungkap dengan kata – gembira ada, syukur pun ada, sebak pun ada. Kukira mungkin setiap satu punya penjelasan serta alasan rasa yang hanya jiwa mengerti bahasanya. Sungguh, apabila kita sayangkan seseorang, kita sentiasa mahu dirinya gembira dan ceria..dan andai diizinkan kita mahu sentiasa ada tika gelak tawa apatah lagi tika tangisnya..kan? Oh, ya…Usai berbual-bual dan ucap tahniah serta snap gambar sana-sini, kami keluar makan-makan di meja para jemputan. Terdengar suara, "hah, yang ni bila lagi?" dan hanya mampu tersengih balas.

Sementara menunggu rombongan pihak lelaki, kami berbual-bual lagi dengan the bride. Terasa seperti mini reunion maahad pulak dengan adanya sir Jan berceloteh bersama. Tatkala pakcik deejay mengumumkan ketibaan pengantin lelaki, kami semua buat panjang-panjang leher. Kami kemudiannya dengan pantas dan efisiennya mengatur langkah ke jalan masuk utama rumah kenduri. Rasa berdebar plus bahagia lebih-lebih pulak bila tengok kedua-dua mempelai tengah nak berarak masuk. They’re just so sweet!  

dan masuk-masuk dalam kereta terus laju je menjerit: “T.A.H.N.I.A.H, raihan!”

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)

dan pada hari ini, dua hati telah bersatu. hati yang lain, bila lagi? oh. oh. Fitrah sunnatullah itu tetap akan berlaku, kalau bukan sekarang mungkin pada suatu masa yang ditetapkan nanti. Kalau bukan di sini, mungkin di sana yang lebih abadi. teruskan berdoa..dan sungguh, fitrah itu tidak perlu dilawan, hanya perlu dipandu kemudi iman agar berada di landasan Tuhan.

Allahu rabbi.
Read more
0

sakit?

Dua hari lagi mahu menjawab soalan peperiksaan ilmu gerak kerja badan, badan ini pula yang bergerak kerja tidak kena gayanya, Perut menendang segala apa-apa yang masuk; memberontak sedaya mungkin – berguling ke sana ke mari menahan pedih. Suhu badan meninggi; memuncak – sehingga lampu putih itu dilihatnya warna kuning. Otak yang sedia berlipat-lipak membentuk gyrus itu, seakan dikilas lagi dibilas – sehinggakan pening berkerut-kerut muka rasanya.

 

Terbaring lesu,

 

Tatkala ini teringat kata seseorang, sakit itu sepatutnya tidak menjadi alasan untuk tidak belajar ataupun untuk tidak cemerlang. Ya. mungkin saat itu mahu sahaja memberontak membiarkan takdir menentukan segala. tetapi, mungkin Dia memberikan ujian supaya itu menjadi asbab Dia menolongmu, teman. kan lebih indah kalau bersangka baik dengan tuhanmu?

 

Do you believe that God gives more to some and less to others?

Often, we're trained to believe that's the way it works. But Allah Almighty is Al-Adil - the Just - and that wouldn't be entirely fair, would it?

In reality, God's love, bounty and grace is emanating from the Divine Presence and being given freely and equally to all of creation.

Yet everyone does not receive equally.

The real difference is not in what God gives, but in our ability to receive.

you can allow more good into your life by learning how to dissolve internal barriers to prosperity - by learning how to dissolve internal resistance.

 

Biarkan rasa sakit ini. Biarkan rasa penat ini. Walau masa itu terasa seperti menyesakkan, menghimpitkan lagi menyempitkan, yakinlah bahawa disitu ada yang Maha Melapangkan. Moga, ALLAH memakbulkan doa kedua ibu bapa yang telah mendidik diri ini tanpa pernah jemu. Tiada apa-apa yang diharapkan melainkan kejayaan yang dapat menggembirakan hati mereka.

 

Wallahu’alam.

Read more
4

pahit?

Mengeluh.

 

Buku ilmu gerak kerja badan itu perlahan-lahan diletakkan di sebelah. Tersandar di kepala katil, merenung kalendar mini musim peperiksaan yang dipangkah sehari-hari. Stok makanan diselongkar. Hati resah. Sesak rasanya. Penat. Kotak dark chocolate itu dicapai, laju je dibuka. Coklat yang berbaris rapat - dipatahkan satu demi satu. Direnung coklat itu dalam-dalam seolah-olah masih ada perkara yang belum selesai antara coklat dan mata yang merenung – entah kenapa tidak dapat dikenal pasti. Kemudian, dibiarkan saja rasa pahit itu mencair dalam oral cavity.

 

Tersenyum sendiri.

 

Kenapa rasa pahit ini sungguh menenangkan?

 

sudah lama taste buds tak ketemu rasa ini. tetapi sesekali rasa, tenang jadinya. Bagaimana mungkin rasa pahit itu menenangkan? Kembali merenung masa silam, moga ada perkaitan. oh. Ya. kukira rasa pahit itu, tiada semuanya memusnahkan, acapkali rasa pahit itu sering disalahtafsirkan. Kasihan si Pahit - dianaktirikan. Manis juga disanjung tinggi. Lihatlah, berapa ramai yang memuja rasa manis. Sedangkan disetiap yang manis itu, ada pahitnya. dan yang pahit itu ada manisnya. kini, rasa manis dan pahit menjadi subjek. Mana mungkin, coklat yang manis itu terus-terus rasa manis? Coklat manis itu terhasil dari koko yang sememangnya pahit, teman. Kalau tak ada yang pahit, mana mungkin yang manis itu disanjung?

 

Mungkin begitulah juga dengan ilmu. Kalau tak dirasa susah-payah serta penat-lelah nak mendapatkan ilmu walau sebarang dua, mungkin tak dihargai ilmu itu. Mungkin jikalau tidak dirasakan sesak seperti ini, takkan tergerak untuk berusaha walau masa terasa seolah-olah telah tiada. Banyak lagi yang tak terkejar. Merangkak-rangkak helaian demi helaian. Allah. Campakkanlah rasa syukur padaMu. Susah lagi nak bersyukur dari bersabar.

 

Kenapalah hati mengeluh walau hanya diuji sejentik-dua? Allah itu sentiasa ada dan sentiasa menanti hambaNya meminta-minta padaNya. Allah, tenangkanlah hati ini. Tabahkanlah hati ini. Tetapkanlah hati ini pada jalanMu. ameen ya rabb. Walau hanya sekecil cuma, dari coklat pahit inilah hati kembali berbunga-bunga riang -  kerana ada hikmah disebalik rasa. Tiada satu pun yang sia-sia, ada hikmah disebalik semua.

 

sedar-sedar dah berbaris-baris coklat terkorban. hahahahaha.

Read more
0

Penyoal dan Mentor

Tengah-tengah serabut mengulang kaji pelajaran ilmu badan dan ilmu cara kerja badan, mulalah jadi tak faham apa sahaja kaitan antara keduanya? mulalah hati mengutuk ini salah sistem segala bagai, sebab tu tak faham. ye lah, time ulang kaji baru sedar yang diri tak faham mana - dah la imaginasi tak tinggi mana. Setelah berminit-minit bermonolog meningkatkan tekanan darah yang sedia rendah, barulah terdetik di hati bahawa sungguh tiada manfaat mengutuk sana-sini – lebih baik berusaha untuk mengatasi kelemahan yang berjaya dikesan. oh. yang berjaya dikesan boleh lah bertindak, yang belum dapat dikesan cemane ye?

 

…………………………………

 

Dulu-dulu, pada suatu hari si Penyoal berjumpalah dengan sang Mentor. Kebetulan ada perbincangan akademik, maka bertubi-tubi soalan diledakkan tanpa segan-silu dan dijawab dengan penuh tenang oleh sang Mentor – gaya matang penuh hikmah. ye lah, soalan orang tak puas hati, tak faham kaitan – soalan itu berbaur emosi, mohon pencerahan, mohon penerangan mudah. Muka super berkedut lagi berkerut si Penyoal berjaya di’botoxkan’ dengan mudah oleh sang Mentor.

 

antara soalan: satu: otak tu kan cemane sebenanye? kalau ikut yang belajar ada bahagian kelabu, bahagian putih. pahtu celah mana pulak segala mendalah yang keluar nih? yang jadi neuron hantar maklumat? cemane je haa? pahtu cemane plak de ade tugas-tugas plak? cemane stuktur nih buat keje? *sigh* nak gambaran keseluruhan, sebab tak cekap nak gabungkan maklumat. *jawapan epik tapi itulah hakikat* dah usha atlas, tapi masih kurang mengerti.

 

nak tahu macam mana sang Mentor menghilangkan kesangsian si Penyoal?

 

……………………………….

 

Baiklah, analogi mudah – apakah komponen yang membentuk awan? debu-debu super halus dan wap-wap air yang terkondensasi, kan? banyak ke sikit? mestilah banyak, tapi kita tak nampak. Secara mudah, macam tu lah otak, yang kelabu tu sel yang tak berbalut – sebab tu kelabu dan yang putih tu berbalut – sebab tu lah putih. Neuron itu super duper halus, dan banyak.

 

Dan otak itu ada banyak bahagian, dan dari bahagian itu keluarlah segala wayar-wayar berkaitan dan  bergabung menjadi sekumpulan pasukan gerak kerja hebat. setiap bahagian otak ada tugas masing-masing. Otak merupakan suatu organ yang masih belum habis dikaji, bukannya seperti buah pinggang yang macam sudah lengkap datanya, Kebanyakan gerak kerja otak, fungsi otak masih dalam kajian dan kebanyakan perkara mengenainya masih lagi teori-teori.

 

daripada otak di atas, turun ke bawah melalui tulang belakang, keluar ikut pembahagian menjalar ke seluruh badan, membahagi-bahagi. Macam lebuhraya, ada susur keluar dan ada simpang masuk. yang utamanya, otak dan saraf tunjang itu menjadi nerve yang lain.

 

otak nak merancang tindakan - kumpul maklumat sahaja sudah memerlukan pelbagai maklumat dari pelbagai anggota badan. Maklumat yang dikutip, sampai kat litar kumpul maklumat susah payah lagi hantar kat pusat perancangan. Setelah sampai di pusat perancangan hantar pulak kat pusat pelaksanaan. Pastu pusat pelaksanaan pun buat kerahan tenaga, sebarkan maklumat yang telah diproses bersama tindakan yang patut diambil. Allah.

 

Otak itu, ibarat lebuh raya maklumat sibuk ke sana ke sini. Sibuk je, tak putus-putus – tak juga penat-penat. Nak sebut A-L-H-A-M-D-U-L-I-L-L-A-H pun otak sibuk, tak lepas tangan tolong fikirkan, macam mana nak laksanakan sebutan Alhamdulillah. Gerakkan lidah, getarkan vocal cord, corakkan perasaan. Nak lafaz kalimah syukur pun otak buat banyak kerja, bersyukurkah kita? Be grateful, act like one.

 

Allah.

 

………………………….

 

itu baru satu, belum lagi dua tiga seterusnya.

Read more
4

rasa bertuhan lagi bertuan?

 

Andai diri diakari rasa berTuhan,

hidup rasa kebersamaan ar-Rahman,

liku-liku kehidupan seolah-olah berpanduan,

tenang dalam menghayati kalam Tuhan,

mensyukuri segala nikmat yang dicurahkan,

tidak mensia-siakan segala yang diciptakan,

semuanya sentiasa mahu meraikan,

amalan sentiasa ditingkatkan,

diri terasa diperhatikan.

 

Rasa berTuhan, kerana kita makhluk Tuhan.

Rasa berTuan, kerana kita hamba kepada Tuan.

kan indah kalau hidup diakari rasa berTuhan lagi berTuan?

@haret silim,

130511.

Read more
0

dan kerana?

Tuhanku jua punya hak. Hak untuk hambaNya meminta kepadaNya dan hanya kepadaNya. Maka selaku hamba, pada siapa lagi harus disalurkan permintaan ini kalau bukan padaNya?

 

Doa atas talian Tuhan itu sungguh indah – kerana bebas meminta dan berdoa terus padaNya. dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan seorang hamba dengan Tuhannya, maka kepada siapa lagi dia mahu meminta kalau bukan pada Dia? Tuhan itu mengerti bahasa hati, mengerti segala bahasa kerana Tuhan itu Maha Mengetahui. Maka kenapa perlu menidakkan fitrah diri seorang hamba meminta pada Tuhannya hanya kerana mamagari diri dengan ego? Ego itu tidak membawa sesiapa pun  pergi jauh dalam kembara ini.

 

Biarlah meminta-minta dengan Tuhan, Dia rindukan suara ini– lantas ada sahaja detik-detik ujian supaya tersedar kekhilafan diri - supaya kembali padaNya. Sungguh, sekali bertindak nekad melangkah ke arah Tuhan, insyaALLAH usaha itu tiada sia-sia. Sungguh kembara menuju Tuhan itu jalannya berliku-berliku. Pimpinlah tangan ini, teman!

 

Aku yakin Tuhanku itu telah sediakan yang terbaik buatku walaupun seringkali aku memberontak dan tersasar, rebah bukan sekali dua, berubah mahupun diubah. Ayuh memilih untuk yakin dan terus yakin kerana kepada siapa lagi keyakinan itu harus disandarkan kalau bukan kepada Tuhan yang melaksanakan apa jua yang Dia mahukan?

 

dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan, segala-galanya berkemungkinan.

Read more
0

oh. A-HEAD?

GAMBAR HIASAN: kucing saiko. hampeh.
oh. A.H.E.A.D.?
sekali imbas macam A-HEAD. satu kepala. pulak dah! 

AHEAD? menuju ke hadapan? ish. memanglah kita menuju ke hadapan, tiada yang mahu menuju ke belakang. oh ya, mungkin mahu menuju ke depan tapi mentaliti ke belakang? mungkin ya. mungkin tidak. Hakikatnya, semua nak menuju ke depan cuma jalan yang berbeza, fikrah berbeza - tapi matlamat sama.

setelah merisik khabar apa maksud mendalah five-letter-word keramat yang dikomersialkan di sana-sini ini, baru aku tahu: A.H.E.A.D = Awaken. one HEart. one Destiny. one Aim. pulak dah! berat sungguh maksud mendalah five-letter-word ini. kenapa aku cakap berat? sebab aku rasa ada tanggungjawab di situ.

...............................................................................................

Awok. Awek. AWAKEN.: Stop sleeping, make aware.
oh. oh. kita ini suka tidur, tidur maknawi, tidur hakiki. tidur je. buat-buat tidur. buat-buat tak tahu. bila orang cakap "oih, sedar lah blablabla" dan yang sewavelength dengannya - kau buat tidur, buat tak tahu. kan? macam ini lah ragam pemuda-pemudi harapan bangsa hari ini. suka buat tak tahu - walaupun dia tahu atau memang tak tahu. macam mana nak maju? bukak minda. sama-sama meraikan. kau tu, kalau nak tegur, jangan main belasah, bukan semua orang sama wavelength dengan kau. dan kau pun, jangan lah ego menggunung meluas bak lautan, kepala kau sahaja betul. oh. sungguh, kan senang kalau meraikan? tadela sakit jiwa. penting di sini: walau bagaimana cara pun, kau sendiri perlu bangun, sedar dari mimpi yang panjang - kesedaran diri!

One HEART: many to one - act as one. 
Kau tahu? Kesedaran diri mula-mula ALLAH campak dalam hati? kesedaran apa-apa pun.
oh. Dah ramai-ramai macam ini, macam-macam jenis hati ada. Hati yang memang dah kat Mesir. Hati yang tertinggal di Malaysia. Hati dari utara; Hati dari selatan. Hati dari pantai barat. Hati dari pantai timur. Hati dari central region. Bagaimana mahu membina kesatuan hati dalam kepelbagaian ragam? oh. ya. paling mudah dan paling susah - berlapang dada? doa rabitah? haha. kau tahu itu semua, tapi adakah kau maksudkan apa yang kau kata? He knows. Membina persefahaman dalam untai kata, melalui rasa. Bagaimana mahu berbicara soal one Heart andai antara kita masih ada yang ragu-ragu hatinya? oh. May  ALLAH guide us all in this path of Faith; If ever the soul is lost, seek the soul Creator.

One AIM?
Tujuan. Matlamat. Apa Perancangan kau? set your aim. our aim. and work for it!
tak perlu aku berbicara apa matlamat kau, apa matlamat aku. sebab semua orang ada matlamat masing-masing. dari sekecil-kecil matlamat sehingga sebesar-besar matlamat. sedekat-dekat matlamat sehingga sejauh-jauh matlamat. Matlamat dekat lagi kecil itu, bakal membawa siapa kau dalam matlamat jauh lagi besar itu. Bermula daripada kesedaran ALLAH campak dalam hati itu, kau mula menapak mencari arah membina diri menggapai matlamat. Sungguh, kita punya dua tanggungjawab; khalifah dan hamba. satu kemuliaan mahupun penghinaan? moga ALLAH tetapkan hati kita, matlamat kita pada jalanNya.

One DESTINY?
Sejauh mana kau berusaha untuk berubah, matlamat kau juga boleh berubah, destinasi kau juga boleh berubah. Matlamat itu membawa kau ke destinasi kau. destinasi kau lah, takdir kau. walau sehebat mana perancangan  kau untuk menggapai matlamat kau, perancangan ALLAH itu jua lah yang terlaksana. ALLAH itu  Maha Hebat ketetapannya. the destiny that have been destined since the early existence of mankind lies within the war in ourselves. 

A.H.E.A.D~
THE END.

..............................................................................................

p/s: entry sempena karnival batch gen09 -A.H.E.A.D. aku pun tak tahu apa aku taep. aku biarkan saja jari-jemari menari laju di keyboard. pertama kali entry blog ada tajuk formal - tajuk orang ramai dikongsi bersama pulak tu. haha. mohon maaf salah silap. jazakumullah kheir.
Read more
 

best

jom