RSS
email
1

menuju

"Pintu ilmu itu akan terbuka apabila kita rasa tak tahu dan pintu ilmu itu akan tertutup apabila kita rasa dah tahu. Kita jadi mulia apabila kita semakin menjadi hamba," bicaranya tenang, penuh kematangan.

Diam. Cuba dihadam buah fikiran ini. Kerapkali mengeluh, entah apa yang dibaca entah apa yang masuk dalam kepala. Terpukul dalam rasa. Tersentak dalam kata-kata. Tak mampu diungkap balas jawapan, tertelan perkataan. Istighfar sekali dua. Kembali dari terawang-awang di angkasa.

Bagaimana saja - hamba dan mulia, kaitan antara keduanya?

Hamba. Segala yang ada bukan miliknya. Maka, sentiasa berusaha buat sehabis baik dan sedar diri segala yang ada dan berlaku bukan pada kehendak dan kudrat si hamba, tapi pada kehendak dan kudrat Tuannya. Tuan itu bisa membuat apa-apa sahaja, kerana si hamba tiada punya apa-apa. Hatta diri si hamba itu pun, milik Tuannya juga. Maka, diri hamba yang sedar tarafnya hanya hamba semata-mata, tiada pula berlagak Tuan yang mampu memiliki melaksanakan segala dan dari situ lah kemuliaan dirinya terserlah. Mulia dari segenap sudut, baik akhlak, jiwa mahupun mindanya - mengembalikan segala yang ada pada dirinya pada Tuan yang Memiliki Segala.

Allahu Allah. Berbeza. Hamba sedar diri ini sedia maklum segala yang dibaca dan dijawabnya malah segala yang berlaku dalam kehidupannya itu datangnya dari ilham Tuhan. Bukan dari usahanya bersengkang mata bermalam-malam. Bukan dari usahanya yang menghafal segala. Bukan dari usahanya semata-mata. Tetapi dengan kehendak yang Maha Esa.

Ayuh, mencari ketaqwaan dalam sinar kehambaan - menuju Tuhan.
Read more
 

best

jom