RSS
email
0

Penyoal dan Mentor

Tengah-tengah serabut mengulang kaji pelajaran ilmu badan dan ilmu cara kerja badan, mulalah jadi tak faham apa sahaja kaitan antara keduanya? mulalah hati mengutuk ini salah sistem segala bagai, sebab tu tak faham. ye lah, time ulang kaji baru sedar yang diri tak faham mana - dah la imaginasi tak tinggi mana. Setelah berminit-minit bermonolog meningkatkan tekanan darah yang sedia rendah, barulah terdetik di hati bahawa sungguh tiada manfaat mengutuk sana-sini – lebih baik berusaha untuk mengatasi kelemahan yang berjaya dikesan. oh. yang berjaya dikesan boleh lah bertindak, yang belum dapat dikesan cemane ye?

 

…………………………………

 

Dulu-dulu, pada suatu hari si Penyoal berjumpalah dengan sang Mentor. Kebetulan ada perbincangan akademik, maka bertubi-tubi soalan diledakkan tanpa segan-silu dan dijawab dengan penuh tenang oleh sang Mentor – gaya matang penuh hikmah. ye lah, soalan orang tak puas hati, tak faham kaitan – soalan itu berbaur emosi, mohon pencerahan, mohon penerangan mudah. Muka super berkedut lagi berkerut si Penyoal berjaya di’botoxkan’ dengan mudah oleh sang Mentor.

 

antara soalan: satu: otak tu kan cemane sebenanye? kalau ikut yang belajar ada bahagian kelabu, bahagian putih. pahtu celah mana pulak segala mendalah yang keluar nih? yang jadi neuron hantar maklumat? cemane je haa? pahtu cemane plak de ade tugas-tugas plak? cemane stuktur nih buat keje? *sigh* nak gambaran keseluruhan, sebab tak cekap nak gabungkan maklumat. *jawapan epik tapi itulah hakikat* dah usha atlas, tapi masih kurang mengerti.

 

nak tahu macam mana sang Mentor menghilangkan kesangsian si Penyoal?

 

……………………………….

 

Baiklah, analogi mudah – apakah komponen yang membentuk awan? debu-debu super halus dan wap-wap air yang terkondensasi, kan? banyak ke sikit? mestilah banyak, tapi kita tak nampak. Secara mudah, macam tu lah otak, yang kelabu tu sel yang tak berbalut – sebab tu kelabu dan yang putih tu berbalut – sebab tu lah putih. Neuron itu super duper halus, dan banyak.

 

Dan otak itu ada banyak bahagian, dan dari bahagian itu keluarlah segala wayar-wayar berkaitan dan  bergabung menjadi sekumpulan pasukan gerak kerja hebat. setiap bahagian otak ada tugas masing-masing. Otak merupakan suatu organ yang masih belum habis dikaji, bukannya seperti buah pinggang yang macam sudah lengkap datanya, Kebanyakan gerak kerja otak, fungsi otak masih dalam kajian dan kebanyakan perkara mengenainya masih lagi teori-teori.

 

daripada otak di atas, turun ke bawah melalui tulang belakang, keluar ikut pembahagian menjalar ke seluruh badan, membahagi-bahagi. Macam lebuhraya, ada susur keluar dan ada simpang masuk. yang utamanya, otak dan saraf tunjang itu menjadi nerve yang lain.

 

otak nak merancang tindakan - kumpul maklumat sahaja sudah memerlukan pelbagai maklumat dari pelbagai anggota badan. Maklumat yang dikutip, sampai kat litar kumpul maklumat susah payah lagi hantar kat pusat perancangan. Setelah sampai di pusat perancangan hantar pulak kat pusat pelaksanaan. Pastu pusat pelaksanaan pun buat kerahan tenaga, sebarkan maklumat yang telah diproses bersama tindakan yang patut diambil. Allah.

 

Otak itu, ibarat lebuh raya maklumat sibuk ke sana ke sini. Sibuk je, tak putus-putus – tak juga penat-penat. Nak sebut A-L-H-A-M-D-U-L-I-L-L-A-H pun otak sibuk, tak lepas tangan tolong fikirkan, macam mana nak laksanakan sebutan Alhamdulillah. Gerakkan lidah, getarkan vocal cord, corakkan perasaan. Nak lafaz kalimah syukur pun otak buat banyak kerja, bersyukurkah kita? Be grateful, act like one.

 

Allah.

 

………………………….

 

itu baru satu, belum lagi dua tiga seterusnya.

Read more
4

rasa bertuhan lagi bertuan?

 

Andai diri diakari rasa berTuhan,

hidup rasa kebersamaan ar-Rahman,

liku-liku kehidupan seolah-olah berpanduan,

tenang dalam menghayati kalam Tuhan,

mensyukuri segala nikmat yang dicurahkan,

tidak mensia-siakan segala yang diciptakan,

semuanya sentiasa mahu meraikan,

amalan sentiasa ditingkatkan,

diri terasa diperhatikan.

 

Rasa berTuhan, kerana kita makhluk Tuhan.

Rasa berTuan, kerana kita hamba kepada Tuan.

kan indah kalau hidup diakari rasa berTuhan lagi berTuan?

@haret silim,

130511.

Read more
0

dan kerana?

Tuhanku jua punya hak. Hak untuk hambaNya meminta kepadaNya dan hanya kepadaNya. Maka selaku hamba, pada siapa lagi harus disalurkan permintaan ini kalau bukan padaNya?

 

Doa atas talian Tuhan itu sungguh indah – kerana bebas meminta dan berdoa terus padaNya. dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan seorang hamba dengan Tuhannya, maka kepada siapa lagi dia mahu meminta kalau bukan pada Dia? Tuhan itu mengerti bahasa hati, mengerti segala bahasa kerana Tuhan itu Maha Mengetahui. Maka kenapa perlu menidakkan fitrah diri seorang hamba meminta pada Tuhannya hanya kerana mamagari diri dengan ego? Ego itu tidak membawa sesiapa pun  pergi jauh dalam kembara ini.

 

Biarlah meminta-minta dengan Tuhan, Dia rindukan suara ini– lantas ada sahaja detik-detik ujian supaya tersedar kekhilafan diri - supaya kembali padaNya. Sungguh, sekali bertindak nekad melangkah ke arah Tuhan, insyaALLAH usaha itu tiada sia-sia. Sungguh kembara menuju Tuhan itu jalannya berliku-berliku. Pimpinlah tangan ini, teman!

 

Aku yakin Tuhanku itu telah sediakan yang terbaik buatku walaupun seringkali aku memberontak dan tersasar, rebah bukan sekali dua, berubah mahupun diubah. Ayuh memilih untuk yakin dan terus yakin kerana kepada siapa lagi keyakinan itu harus disandarkan kalau bukan kepada Tuhan yang melaksanakan apa jua yang Dia mahukan?

 

dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan, segala-galanya berkemungkinan.

Read more
 

best

jom