RSS
email
4

susah laa.

"susah betul lah nak berubah"

ya. memang susah nak berubah. pada mulanya, ternyata susah. namun apabila ada kesedaran untuk berubah, itu sudah menunjukkan bahawa segelap mana pun hati kamu, masih ada lagi cahaya. kisah silam itu sudah menjadi sejarah. cuma kita perlu beringat-ingat supaya tidak berulang. andai kita lupa, pasti kita akan ulangnya semula. semua orang bukannya baik, hatta tok imam sekalipun. 

(sebab semua orang ada kisah silam...oh, kisah silam yang kelam...sila pergi main jauh-jauh)


sebab itulah apabila kamu ada kesedaran, itulah yang menjadi titik permulaan untuk kamu berubah. kamu ada keinginan untuk berubah...dan sekarang cuba bergerak untuk berubah. analogi mudah: contohnya kamu ada keinginan untuk makan nasi, hati kuat mengatakan, "aku nak makan nasi. aku nak makan nasi.". mulut pun turut mengungkapkan perkara yang sama. jadi sekarang, untuk merealisasikan keinginan kamu itu - kamu kena gerakkan seluruh anggota badan untuk keluar mencari nasi tersebut. macam tu la jugak, kamu dah ada keinginan untuk berubah - jadi sekaranglah masanya kamu bergerak mengatur langkah untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit, slow and steady, step by step. jangan terlalu mendadak. macam makan nasi tu bila dah jumpak jangan makan terlalu laju - nanti tercekiklah, tersedaklah macam-macam kan. macam tu jugak, bila kita nak berubah...kita berubah perlahan-lahan; step by step. 

(sebab apa?? rasionalnya sebab kita nak biasakan hati kita untuk terima.)


bila sebut nak berubah..maksud kata, kita nak renovate - nak perbaharui sikap kita, yang buruk kita buang yang baik kita ambik pastu kita tambah. satu lagi analogi mudah macam renovate rumah. apabila kita renovate rumah - kita buang yang buruk, yang elok kita simpan. pastu kita tambah yang baru. katakanlah - lantai buruk, pecah-pecah pastu kita nak tukarkan dengan yang baru. kalau ikut logik akal memang susah lagi payah sebab lantai tu dah melekat kat simen. mesti amek masa yang lama nak buang, kan? macam tu la jugak dengan sikap kita, bila satu-satu perangai tu dah melekat/sebati dalam hidup kita- memang amek masa yang agak lama macam lantai tadi. 

(tapi bila semua dah siap diperbaharui mesti cantik, indah..takkan ada benda-benda kotor yang nak masukdah..orang tengok pun rasa tenang dan seronok. insyaALLAH.)


perkongsian menarik dari sahabat buat sahabat.


Read more
0

masa silam.

"Awak, semua orang pun ada sejarah hitam masing-masing. Kadang-kadang Allah nak dekatkan kita dengan Dia melalui dosa yang kita buat. Sebab tu saya nak awak tau, walau seburuk mana pun masa silam awak, saya tetap terima awak seadanya.Kita kan kawan sampai syurga? Bangunlah awak, saya tahu awak kuat!moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Kembalilah pada Dia, hanya Dia yang boleh sembuhkan luka hati awak tu.."

[itu status fesbuk sahabat saya di Jordan. sungguh mendalam maksudnya..syukran, teman.]

hope there's still room for improvement. moga kamu terima saya sebagai sahabat kamu yang baru belajar nak jadi insan yang lebih baik, lebih matang dalam mengharungi dugaan-dugaan hidup dan jadi lebih bersyukur - be grateful act like one. susahnya nak jadi baik.

ya Rabb...the hardest part of moving on is not to look back - the guilt still haunts.
rabbuna yusahhil, insyaALLAH. irhamna ya ALLAH.

this is just another quick, brief update from me. 
suatu perkongsian yang tiba-tiba. moga bermakna.
Ramadan Kareem!
Read more
0

susah sangat ke?

The hardest part of moving on is not to look back.
Really?

When it comes to benda-benda tak best aku sangat sokong pendapat ini.  Rasionalnya, sebab manusia memang tak suka benda yang tak best kan? Atau lebih tepat lagi apabila sesuatu  perkara terjadi lain daripada benda yang kau harapkan, mesti la kau tak nak ingat. Tapi time ko emo-emo mesti layan feeling pasai kisah silam yang menyedihkan, zaman jahil, zaman nakal & jahat and what-so-ever zaman you called it. Ceh, nak lupa la konon. Ye la, mesti la nak lupa kalau tak best.

Memang manusia betul, benda baik je nak. Kalau susah sikit, tak best sikit dah tak nak. Macam mana nak maju. Ececece. Hebat ni. Jom debate. XD

Kawan aku pernah cakap, move on je la no need la tengok belakang. Tapi, otak manusia tuu bukan senang-senang nak delete perkara yang ta best -  macam mana pun nanti mesti ingat jugak. So, aku setuju la dengan pendapat ini - susah kan?. Sama-sama melazimkan diri beristighfar sebab dosa-dosa lalu, sedang atau bakal kau lakukan. Macam ekstrim bunyinya. Tapi logikla kan? kita insan berdosa. dush.

Percaya atau pun tidak.
Apabila kau dah  macam move on la kan, bila-bila teringat pasal kisah silam kau dulu mesti kau dapat rasa yang kau dah berubah. Betapa berubahnya kau dari segi fizikal dan mental. Ya, mungkin kalau perkara itu baru dalam sebula dua ataupun setahun dua - perubahan itu bukan drastik sangat tapi logiknya berubah la kan. Kalau zaman tadika dulu-dulu tak berubah aku tak tahu la nak cakap apa.  

Kau tersilap, kau belajar dari kesilapan. Kau  jatuh, kau belajar untuk bangun. Kau jahat, kau belajar untuk jadi baik. Kau  belajar dan belajar. Mematangkan diri melalui cara kau berfikir. Macam-macam ragam, macam-macam gaya. Dan bila kau teringatkan zaman hitam kau, kau akan sedar secara langsung ataupun tidak sebenarnya kau dah banyak berubah. Moga-moga perubahan itu kea rah yang lebih baik la. Ameen.

Walaupun kau fobia, as time pass by kau sebenarnya sedikit demi sedikit belajar untuk overcome mendalah fobia tu. Percayalah, insyaALLAH.

Just update ringkas. Stop membebel.
Read more
 

best

jom