Tuhanku jua punya hak. Hak untuk hambaNya meminta kepadaNya dan hanya kepadaNya. Maka selaku hamba, pada siapa lagi harus disalurkan permintaan ini kalau bukan padaNya?
Doa atas talian Tuhan itu sungguh indah – kerana bebas meminta dan berdoa terus padaNya. dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan seorang hamba dengan Tuhannya, maka kepada siapa lagi dia mahu meminta kalau bukan pada Dia? Tuhan itu mengerti bahasa hati, mengerti segala bahasa kerana Tuhan itu Maha Mengetahui. Maka kenapa perlu menidakkan fitrah diri seorang hamba meminta pada Tuhannya hanya kerana mamagari diri dengan ego? Ego itu tidak membawa sesiapa pun pergi jauh dalam kembara ini.
Biarlah meminta-minta dengan Tuhan, Dia rindukan suara ini– lantas ada sahaja detik-detik ujian supaya tersedar kekhilafan diri - supaya kembali padaNya. Sungguh, sekali bertindak nekad melangkah ke arah Tuhan, insyaALLAH usaha itu tiada sia-sia. Sungguh kembara menuju Tuhan itu jalannya berliku-berliku. Pimpinlah tangan ini, teman!
Aku yakin Tuhanku itu telah sediakan yang terbaik buatku walaupun seringkali aku memberontak dan tersasar, rebah bukan sekali dua, berubah mahupun diubah. Ayuh memilih untuk yakin dan terus yakin kerana kepada siapa lagi keyakinan itu harus disandarkan kalau bukan kepada Tuhan yang melaksanakan apa jua yang Dia mahukan?
dan kerana doa itu perantaraan tanpa batasan, segala-galanya berkemungkinan.
0 comments:
Post a Comment