kekuatan sebenar kita terletak pada hati.
[kekuatan sebenar kita terletak pada hati. tapi kenapa hari ini aku kuat, esok aku lemah? Ya ALLAH tetapkanlah hati ini pada jalanMu. Ameen]
[kekuatan sebenar kita terletak pada hati. tapi kenapa hari ini aku kuat, esok aku lemah? Ya ALLAH tetapkanlah hati ini pada jalanMu. Ameen]
namun, hati itu dikuasai oleh cintanya. Ini bermakna, cinta yang harus bersemi di hati mestilah cinta yang baik. barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota menjadi baik.
Sahl bin Abdullah berkata: "Tanda cintakan ALLAH adalah cintakan Al-Quran. Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi s.a.w. Tanda cintakan Nabi s.a.w adalah cintakan sunah Baginda. Tanda cintakan sunah Rasul adalah cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat ialah adalah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia. dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup"
tapi, cinta ALLAH itu memerlukan mujahadah, kan? insyaALLAH, moga terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan. "Dan sesiapa yang benar-benar bermujahadah di jalan Kami akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. sesungguhnya ALLAH berserta dengan orang yang melakukan kebaikan." - surah al-Ankabut 29:69.
"Ya ALLAH ya tuhanku, aku memohon kasih sayang-Muu dan kasih orang yang mencintai-Mu, serta (kasihkan) amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu. Ya ALLAH ya tuhanku, jadikanlah kasih-Mu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku, dan daripada air yang sejuk." - antara doa Nabi Daud.