Kereta proton saga hitam membelok masuk laju ke jalan Kubang Rotan, mata meliar-liar mencari rumah kenduri. Mata hanya fokus di sebelah kanan jalan lantaran hanya sawah padi jelas terbentang di kiri jalan. Lokasi majlis perkahwinan adik junior kami ni tiada siapa pernah sampai. err kawasan selalu je lalu tapi maksudnya rumah tu yang tak confirm mana satu. Alaa, usah risau kenduri ni, petunjuknya kereta banyak dan ada bunga manggar. Nah, setelah dapat tempat letak kereta baik punya [kat markas], laju saja kaki melangkah menuju tempat tumpuan jemputan. Disambut mesra tuan rumah [mak ayah pengantin] dan bersalaman, kami kemudiannya terus menuju ke rumah pengantin. Terus-terus kami serbu pengantin yang tengah ada photoshoot. HAHAHA.
Alhamdulillah, selamat sudah adik comel kami ini bergelar suri hati seseorang, bertukar status dan menggalas tanggungjawab baru. Majlis akad nikah berlangsung dipagi hari. Ada suatu rasa yang tak terungkap dengan kata – gembira ada, syukur pun ada, sebak pun ada. Kukira mungkin setiap satu punya penjelasan serta alasan rasa yang hanya jiwa mengerti bahasanya. Sungguh, apabila kita sayangkan seseorang, kita sentiasa mahu dirinya gembira dan ceria..dan andai diizinkan kita mahu sentiasa ada tika gelak tawa apatah lagi tika tangisnya..kan? Oh, ya…Usai berbual-bual dan ucap tahniah serta snap gambar sana-sini, kami keluar makan-makan di meja para jemputan. Terdengar suara, "hah, yang ni bila lagi?" dan hanya mampu tersengih balas.
Sementara menunggu rombongan pihak lelaki, kami berbual-bual lagi dengan the bride. Terasa seperti mini reunion maahad pulak dengan adanya sir Jan berceloteh bersama. Tatkala pakcik deejay mengumumkan ketibaan pengantin lelaki, kami semua buat panjang-panjang leher. Kami kemudiannya dengan pantas dan efisiennya mengatur langkah ke jalan masuk utama rumah kenduri. Rasa berdebar plus bahagia lebih-lebih pulak bila tengok kedua-dua mempelai tengah nak berarak masuk. They’re just so sweet!
dan masuk-masuk dalam kereta terus laju je menjerit: “T.A.H.N.I.A.H, raihan!”
"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."(Yaasin: 36)
dan pada hari ini, dua hati telah bersatu. hati yang lain, bila lagi? oh. oh. Fitrah sunnatullah itu tetap akan berlaku, kalau bukan sekarang mungkin pada suatu masa yang ditetapkan nanti. Kalau bukan di sini, mungkin di sana yang lebih abadi. teruskan berdoa..dan sungguh, fitrah itu tidak perlu dilawan, hanya perlu dipandu kemudi iman agar berada di landasan Tuhan.
Allahu rabbi.
1 comments:
kak tiqah p eh knduri kak raihan?
*jeles* nak p tapi x leh :')
Post a Comment