Secangkir kopi susu itu, dihirup laju.
Sesak rasanya bernafas dalam keserabutan yang melanda, seolah tiada hala tuju. Tiada berkesudahan. Penuh sesalan. Rasa tidak keruan. Pelbagai persoalan bermain di minda, menggugat rasa dan jiwa. Allahu Allah. Tak jumpa kata menggambarkan rasa. Hanya kata "Ya Rabb" bergema,. Ya, compang-camping imanku memburukkan segala. Kala itu mula mempersoalkan segala. Menidakkan yang patut, mengiyakan yang tidak. Mula memberontak dalam diam, menambah kekusutan. Tak nampak jalan keluar.
Apa kaulupa kau hamba Tuhan?
Irhamna ya Rabb. Ighfir zunubana ya Rabb. Kala itu, entah bagaimana kujumpa video ini. Allah. Allah. Tepat pada masa. Alhamdulillah. oh. What a perfect timing!
Video tersebut merupakan video Amru Khaled dalam rancangan "Bismika Nahya: Al-Wakeel." Subhanallah. Tak kusangka dalam saat kebuntuan begini, terjumpa video ini. Semenjak imtihan, tak sempat nak tengok video sebegini. oh. Memang terkena makan dalam segala. Ayuh, terus sama murnikan niat untuk terus mengenal Tuhan, insyaAllah akan dilorongkan jalan.
Mahu menangis dalam doa sampai tertidur gamaknya, biar terlupa segala kekusutan. Tapi, kita kan ada amalan? Allah jadikan kita amalan, jalan keluar buat segala kekusutan. Kita tahu, tapi sejauh mana keyakinan kita padaNya? Allah. Moga saja ditetapkan hati kita dalam iman, moga terus bersemangat meredah segala hari. Bismika nahya, ya Rabb!
Let Allah be the reason why even in pain, you smile. In confusion, you understand. In betrayal, you trust. and in fear, you continue to fight.
Yosh! Moga bermanfaat!
0 comments:
Post a Comment