RSS
email

susah laa.

"susah betul lah nak berubah"

ya. memang susah nak berubah. pada mulanya, ternyata susah. namun apabila ada kesedaran untuk berubah, itu sudah menunjukkan bahawa segelap mana pun hati kamu, masih ada lagi cahaya. kisah silam itu sudah menjadi sejarah. cuma kita perlu beringat-ingat supaya tidak berulang. andai kita lupa, pasti kita akan ulangnya semula. semua orang bukannya baik, hatta tok imam sekalipun. 

(sebab semua orang ada kisah silam...oh, kisah silam yang kelam...sila pergi main jauh-jauh)


sebab itulah apabila kamu ada kesedaran, itulah yang menjadi titik permulaan untuk kamu berubah. kamu ada keinginan untuk berubah...dan sekarang cuba bergerak untuk berubah. analogi mudah: contohnya kamu ada keinginan untuk makan nasi, hati kuat mengatakan, "aku nak makan nasi. aku nak makan nasi.". mulut pun turut mengungkapkan perkara yang sama. jadi sekarang, untuk merealisasikan keinginan kamu itu - kamu kena gerakkan seluruh anggota badan untuk keluar mencari nasi tersebut. macam tu la jugak, kamu dah ada keinginan untuk berubah - jadi sekaranglah masanya kamu bergerak mengatur langkah untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit, slow and steady, step by step. jangan terlalu mendadak. macam makan nasi tu bila dah jumpak jangan makan terlalu laju - nanti tercekiklah, tersedaklah macam-macam kan. macam tu jugak, bila kita nak berubah...kita berubah perlahan-lahan; step by step. 

(sebab apa?? rasionalnya sebab kita nak biasakan hati kita untuk terima.)


bila sebut nak berubah..maksud kata, kita nak renovate - nak perbaharui sikap kita, yang buruk kita buang yang baik kita ambik pastu kita tambah. satu lagi analogi mudah macam renovate rumah. apabila kita renovate rumah - kita buang yang buruk, yang elok kita simpan. pastu kita tambah yang baru. katakanlah - lantai buruk, pecah-pecah pastu kita nak tukarkan dengan yang baru. kalau ikut logik akal memang susah lagi payah sebab lantai tu dah melekat kat simen. mesti amek masa yang lama nak buang, kan? macam tu la jugak dengan sikap kita, bila satu-satu perangai tu dah melekat/sebati dalam hidup kita- memang amek masa yang agak lama macam lantai tadi. 

(tapi bila semua dah siap diperbaharui mesti cantik, indah..takkan ada benda-benda kotor yang nak masukdah..orang tengok pun rasa tenang dan seronok. insyaALLAH.)


perkongsian menarik dari sahabat buat sahabat.



Bookmark and Share

4 comments:

Naqıyan Anıs said...

nice post.
mcm kena je ngan hidup aku.
huhue. ak akan ingat,step by step.
x leh gelojoh nanti termuntah.
ngee. thanx yawww =D

atiqah said...

best2..byk analogi...aku suke..

tiq, igt aw pe psn aku kat fb..cre nk buang prsaan kelam ko tuh...huuu..

nabihah said...

ble sebut pasal nk berubah ni, teringat 2 ayat dlm quran

1. sesungguhnya allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah nasib mereka sendiri (arra3du)
- maksudnye, kite kena berani try amik the first step towards perubahan

2.(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.(8:53)
- ni lebih merujuk kepada mcm mana cara kita jaga nikmat(islam, iman, hidayah) yang allah bagi kat kita elok2 supaya x hilang..nikmat tu akan hilang kalau kita x jaga lepas mendapatnya..

allahumma thabbit qulubana!!!

wallahua3lam :)

kerangRebus said...

sy pon tgh try ubah diri..dulu jht..skg pon jahat...how ekk..susahnye,,,haisy~~

 

best

jom