RSS
email
0

kenapa nak jugak?

oh. ya. entah kenapa hati berduka, mahu saja mulut berbicara memberitahu bahawa hati terluka tapi rasanya lebih aman andai diam, memendam rasa. optimis. diam bukan tanda lemah, bukan tanda setuju,  bukan tanda suka, bukan tanda sedih - kerana diam itu seribu makna. tidak perlu diteka. ya, biar saja berbicara dengan al-Khaliq - andai aku merupakan the lost soul, so I have to seek the soul creator. ALLAH juga ada hak, hak supaya hamba-hambaNya meminta hanya kepadaNya, kan? 

Andai hari yang berarak awan mendung kelabu, hujan itu boleh bertukar menjadi cerah bersinar hanya dengan rintihan hati seorang hamba kepada Ar-Rahim. ya Rabb. Maka mohon lah terus padaNya. Direct. Namun, persoalannya sejauh manakah kesungguhan hati dalam mengetuk pintu Illahi? Keyakinan? 

Apabila menjalani kehidupan - Tak perlu nak terlebih sensitif. Tak perlu nak  selalu pesimis. Tak perlu serabut 24/7. Tak perlu cakap banyak. Tak perlu sengih tak tentu arah. Tak perlu gelabah tak tentu hala. Tak perlu pening kepala. Tak perlu berduka sepanjang masa. Tak perlu gembira tak ingat dunia. Tak perlu paksa diri, buat setakat mampu. Tak perlu mengada-ngada. Tak Perlu nak terlebih ramah. Tak perlu nak terlebih diam. Tak perlu putus asa. Tak perlu yakin bagai nak rak.  Tak perlu obses gila-gila. Tak perlu abaikan, tak ambil peduli sunggguh-sungguh. Tak perlu nak expect apa-apa sebab semuanya tak tentu lagi.  Tak perlu macam-macam lagi lah.

oih. bersederhana sudah lah.
tapi kenapa nak jugak?

simple. complex. It's the war within ourselves.
oh. Just be the CHANGE that you wish to see in the world.  
Read more
0

kembara hati.

Dalam rasa, hati itu kembali memilih untuk menuju Tuhannya. 
dan ada suara: bukankah menuju Tuhanmu itu memang jalanmu sejak azali?
berbalas: jalan berliku, bersimpang-siur. seringkali tersasar. moga ketemu jalan kembali.

Namun seringkali hati itu sangsi - layakkah hati itu kembali ke jalan suci setelah dirinya hanyut dek arus fasad.? Lantaran fahamannya yang cetek, ego menggunung, tiada pegangan teguh berpaksikan akhirat sana - hati itu tersasar dari matlamatnya di sini. ya. Hati itu yang hakikatnya dulu putih, sarat berjanji dengan Tuhannya tatkala masih tiada terlepas ke sini. Hati itu. hati itu. 

Namun, sepanjang kembara menuju Tuhan hati itu mengutip debu-debu hitam. Tatkala dihimpit resah yang menyesakkan hati itu segera memadam hitam itu. Namun hati itu rapuh - membuatkan hati itu mengutip dan memadam bentuk hitam yang ternyata pergi meninggalkan jejak yang masih berbekas. Andai dihitung, entah mana yang jelas, ya? Hati itu takut untuk menjawabnya. 

Bagaimana mungkin hati itu berkembara menuju Tuhan dalam keadaan hitam? Oh. Tuhannya mahu menduga sejauh mana hati itu mahu kembali kepadaNya. Hati itu raja jihad, dan hati itu juga lah raja jahat. - arghh...the war within ourselves.

Hati itu berbunga, tatkala terbaca sepotong kata dari lembaran-lembaran kalam Ilahi. Ada sinar dari Tuhannya.

[53] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [az-zumar]

Ada khabar gembira, namun kenapa hati itu yang tiada rasa untuk meraikan khabar gembira Tuhannya,? di manakah silapnya? mula menyoal, sejauh manakah rasa bersalah pada Tuhan yang Maha Pemurah? Ya Rabb. Peluangnya sentiasa ada, namun kemampuan itu lah persoalannya. 

dan berkembara ke masa silam itu kerana ibrahnya - bukan untuk menduga seberapa jahilnya kisah silam. Sungguh, berkembara ke masa silam mampu membawa diri ke masa hadapan.

oh. yakinlah kerana Dia itu Tuan, dan kita Hamba-hambanya, maka dari mana lagi kita mahu meminta kekuatan, keampunan, kesejahteraan kalau bukan dariNya?

oh. hamba Kerdil berlagak Gergasi, sedarlah diri.   
Read more
0

belum selesai?

Ya. Ada tukang cerita, Sang Pencerita. Ada pula yang mendengar, si pendengar. Berbicara mengenai masa silam, masa kini dan perancangan masa depan secara tidak langsung. Berdialog dalam untai rasa, membina persefahaman dalam kata. Diam, bicara dan kembali diam. Orkestra rasa dengan teater jiwa dalam rentak fikir dan zikir. Ya Rabb.

terima kasih al-Khaliq, kerana dari sejarah nabi-nabi serta sahabat malah juga daripada alam ini dapat kami mengambil iktibar jua 'ibrah kehidupan. Sungguh engkaulah memiliki hati dan jiwa kami. Tamadun yang ada hari ini bukanlah sia-sia, hanya untukMu - cuma berbeza puak kanan mahupun puak kiri. Kanan atau kirinya menerima buku amalan. Ya Rabb.

Oh. Sang Pencerita jadi terharu, si pendengar jadi terpesona.
Dalam diam, memendam rasa.

Sudah ada amanah yang perlu dilaksanakan.
dalam masa yang sama ada juga jihad yang belum selesai.
dan ada suara: bukankah jihad itu jua amanah?

...................................

Setelah diamati, baru jelas. Soalnya; hati. Ya, hati. Hitam putihnya hati. Apabila hati tidak dijaga sebaiknya amalan tidak akan berkesan. Astaghfirullah. Suatu yang asalnya nikmat menjadi bala andai salah mengemudi rasa dalam jiwa. Oh. Ya Rabb. Ya Rabb.

Fitrah itu perlukan syariat. Syariat itu ialah peraturan ALLAH s.w.t. Melaksanakan syariat ALLAH s.w.t. itu ibadah. Ibadah itu bukan hanya di atas tikar sejadah. Hidup itu ibadah. Fitrah itu  wujud, maka syariatlah yang mengatur, menyubur dan mengawal fitrah. Dua entiti yang perlu sederap bergerak, hilang satu tempang lah amalan.

hati itu, amanah. KERANA hati itu, raja jihad dan hati itu juga raja jahat.

Sungguh, ada jihad yang belum selesai, kan?
dan jihad itu tidak pernah selesai.
bersama amanah itu - ada juga nilai jihadnya, teman.
seberapa besarnya nilai pada manusia, berpeganglah pada nilaian ALLAH.
Read more
 

best

jom