oh. ya. entah kenapa hati berduka, mahu saja mulut berbicara memberitahu bahawa hati terluka tapi rasanya lebih aman andai diam, memendam rasa. optimis. diam bukan tanda lemah, bukan tanda setuju, bukan tanda suka, bukan tanda sedih - kerana diam itu seribu makna. tidak perlu diteka. ya, biar saja berbicara dengan al-Khaliq - andai aku merupakan the lost soul, so I have to seek the soul creator. ALLAH juga ada hak, hak supaya hamba-hambaNya meminta hanya kepadaNya, kan?
Andai hari yang berarak awan mendung kelabu, hujan itu boleh bertukar menjadi cerah bersinar hanya dengan rintihan hati seorang hamba kepada Ar-Rahim. ya Rabb. Maka mohon lah terus padaNya. Direct. Namun, persoalannya sejauh manakah kesungguhan hati dalam mengetuk pintu Illahi? Keyakinan?
Apabila menjalani kehidupan - Tak perlu nak terlebih sensitif. Tak perlu nak selalu pesimis. Tak perlu serabut 24/7. Tak perlu cakap banyak. Tak perlu sengih tak tentu arah. Tak perlu gelabah tak tentu hala. Tak perlu pening kepala. Tak perlu berduka sepanjang masa. Tak perlu gembira tak ingat dunia. Tak perlu paksa diri, buat setakat mampu. Tak perlu mengada-ngada. Tak Perlu nak terlebih ramah. Tak perlu nak terlebih diam. Tak perlu putus asa. Tak perlu yakin bagai nak rak. Tak perlu obses gila-gila. Tak perlu abaikan, tak ambil peduli sunggguh-sungguh. Tak perlu nak expect apa-apa sebab semuanya tak tentu lagi. Tak perlu macam-macam lagi lah.
oih. bersederhana sudah lah.
tapi kenapa nak jugak?
simple. complex. It's the war within ourselves.
oh. Just be the CHANGE that you wish to see in the world.
oh. Just be the CHANGE that you wish to see in the world.
0 comments:
Post a Comment