Ya. Ada tukang cerita, Sang Pencerita. Ada pula yang mendengar, si pendengar. Berbicara mengenai masa silam, masa kini dan perancangan masa depan secara tidak langsung. Berdialog dalam untai rasa, membina persefahaman dalam kata. Diam, bicara dan kembali diam. Orkestra rasa dengan teater jiwa dalam rentak fikir dan zikir. Ya Rabb.
terima kasih al-Khaliq, kerana dari sejarah nabi-nabi serta sahabat malah juga daripada alam ini dapat kami mengambil iktibar jua 'ibrah kehidupan. Sungguh engkaulah memiliki hati dan jiwa kami. Tamadun yang ada hari ini bukanlah sia-sia, hanya untukMu - cuma berbeza puak kanan mahupun puak kiri. Kanan atau kirinya menerima buku amalan. Ya Rabb.
Oh. Sang Pencerita jadi terharu, si pendengar jadi terpesona.
Dalam diam, memendam rasa.
Sudah ada amanah yang perlu dilaksanakan.
dalam masa yang sama ada juga jihad yang belum selesai.
Sudah ada amanah yang perlu dilaksanakan.
dalam masa yang sama ada juga jihad yang belum selesai.
dan ada suara: bukankah jihad itu jua amanah?
...................................
Setelah diamati, baru jelas. Soalnya; hati. Ya, hati. Hitam putihnya hati. Apabila hati tidak dijaga sebaiknya amalan tidak akan berkesan. Astaghfirullah. Suatu yang asalnya nikmat menjadi bala andai salah mengemudi rasa dalam jiwa. Oh. Ya Rabb. Ya Rabb.
Fitrah itu perlukan syariat. Syariat itu ialah peraturan ALLAH s.w.t. Melaksanakan syariat ALLAH s.w.t. itu ibadah. Ibadah itu bukan hanya di atas tikar sejadah. Hidup itu ibadah. Fitrah itu wujud, maka syariatlah yang mengatur, menyubur dan mengawal fitrah. Dua entiti yang perlu sederap bergerak, hilang satu tempang lah amalan.
hati itu, amanah. KERANA hati itu, raja jihad dan hati itu juga raja jahat.
hati itu, amanah. KERANA hati itu, raja jihad dan hati itu juga raja jahat.
Sungguh, ada jihad yang belum selesai, kan?
dan jihad itu tidak pernah selesai.
bersama amanah itu - ada juga nilai jihadnya, teman.
seberapa besarnya nilai pada manusia, berpeganglah pada nilaian ALLAH.
bersama amanah itu - ada juga nilai jihadnya, teman.
seberapa besarnya nilai pada manusia, berpeganglah pada nilaian ALLAH.
0 comments:
Post a Comment