Dalam rasa, hati itu kembali memilih untuk menuju Tuhannya.
dan ada suara: bukankah menuju Tuhanmu itu memang jalanmu sejak azali?
berbalas: jalan berliku, bersimpang-siur. seringkali tersasar. moga ketemu jalan kembali.
Namun seringkali hati itu sangsi - layakkah hati itu kembali ke jalan suci setelah dirinya hanyut dek arus fasad.? Lantaran fahamannya yang cetek, ego menggunung, tiada pegangan teguh berpaksikan akhirat sana - hati itu tersasar dari matlamatnya di sini. ya. Hati itu yang hakikatnya dulu putih, sarat berjanji dengan Tuhannya tatkala masih tiada terlepas ke sini. Hati itu. hati itu.
Namun, sepanjang kembara menuju Tuhan hati itu mengutip debu-debu hitam. Tatkala dihimpit resah yang menyesakkan hati itu segera memadam hitam itu. Namun hati itu rapuh - membuatkan hati itu mengutip dan memadam bentuk hitam yang ternyata pergi meninggalkan jejak yang masih berbekas. Andai dihitung, entah mana yang jelas, ya? Hati itu takut untuk menjawabnya.
Bagaimana mungkin hati itu berkembara menuju Tuhan dalam keadaan hitam? Oh. Tuhannya mahu menduga sejauh mana hati itu mahu kembali kepadaNya. Hati itu raja jihad, dan hati itu juga lah raja jahat. - arghh...the war within ourselves.
Hati itu berbunga, tatkala terbaca sepotong kata dari lembaran-lembaran kalam Ilahi. Ada sinar dari Tuhannya.
[53] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [az-zumar]
Ada khabar gembira, namun kenapa hati itu yang tiada rasa untuk meraikan khabar gembira Tuhannya,? di manakah silapnya? mula menyoal, sejauh manakah rasa bersalah pada Tuhan yang Maha Pemurah? Ya Rabb. Peluangnya sentiasa ada, namun kemampuan itu lah persoalannya.
dan berkembara ke masa silam itu kerana ibrahnya - bukan untuk menduga seberapa jahilnya kisah silam. Sungguh, berkembara ke masa silam mampu membawa diri ke masa hadapan.
oh. yakinlah kerana Dia itu Tuan, dan kita Hamba-hambanya, maka dari mana lagi kita mahu meminta kekuatan, keampunan, kesejahteraan kalau bukan dariNya?
oh. hamba Kerdil berlagak Gergasi, sedarlah diri.
oh. hamba Kerdil berlagak Gergasi, sedarlah diri.
0 comments:
Post a Comment