RSS
email

The Kids Next Door?

TIDAK. bukan seperti anda fikir. okay, people. nothing related to that cartoon series - Codename: The Kids Next Door (KND). aku tak cakap pasal siri kartun tuu okey. itu pun kalau korang tahu pasal siri kartun tersebut. adeyh. 

"izayyik? 3amla eih?" (pekabo? pe cer?) *3='ain, 7=ha
"al7mdo lellah, koesa (kuwaiyyisa)" (alhamdulillah, sihat)
ni la ayat beramah-mesra pembuka bicara kat sini, dalam bahasa pasar ('ammi mesir), itu apabila diorang tanya/jawab bagi permpuan okey.


kali ini aku nak cerita pasal bebudak sebelah rumah aku (err..actually depan) kat perantauan ni. mereka sangat cute. sangat banyak cakap peramah. sangat comel la. orang arab ni sangat suka bercakap, suka bersembang - bak kata orang kampung aku, mereka mempunyai ciri-ciri insan yang peramah. tapi itu kalau jumpa arab yang peramah, kalau kerek sombong, sombong sangat tak tau nak describe. kalau kaya, kaya sangat dan sebaliknya. sabar je la labu.

hari tuu, pertama kali aku masuk rumah jiran aku untuk berkenalan dengan kanak-kanak itu, mereka malu-malu. sopan. pada mulanya Angie dan Amira meminta untuk aku dan teman serumah aku bercakap dalam bahasa Inggeris. Aku gembira la jugak dapat jugak cakap, ada permintaan pulak tu. adeyh. aku da dapat rasa English aku semakin berkarat. Oh, tidakkk!

anak jiran aku, mak cik Inas ada dua orang: yousef (11 tahun) dan salmaa (5 tahun). comel. Yousef, si abang ni yang minat spiderman gila-gila. semua spiderman, Peter Parker. haha. dan aku sangat suka bersembang dengan dia sebab kitorang akan sembang pasal kartun, sukan. masuk semua. ben10, danny phantom sampai la ke naruto. Aku siap ajar budak tu macam mana nak buat seal "kage bunshin no jutsu" haha kelakar betul bunyi bahasa arab teknik tu ".......sur..-something-i-dunno-". dia tak fanatik sangat bola, so aku tak banyak sembang pasal bola - sembang pasal sukan lain. aku pulak yang excited pasal bola, so aku mengalah la kat adik tu, sembang pasal basketball - ikut rentak dia. si adik, salmaa sangat feminin. banyak gila patung, dolls what so ever. antara nama anak patung tu yang lelaki - nama umar and then apa entah. kalau jumpak aku tak pernah tak salam (selalu salam la) dan aku pulak mesti pegang pipi dia. Salmaa ni suka mekap-mekap, sangat-sangat peramah dan murah senyuman which is berlainan dengan abang dia yang sangat diam. (tapi dengan aku abang dia cakap banyak haha bangga)..

oh..oh..betul la, baru aku sedar bila seorang sahabat aku cakap, seronok dengar budak-budak cakap. ya lah, seronok. mereka suci - tidak berdosa, bebas dosa. tak macam kita yang dah besar panjang ni. astaghfirullah.

pada awalnya kami berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kemudian, dah dirojak. pastu, arab balik.  kalau diorang cakap arab aku tak faham, barulah ada terjemahan dalam bahasa inggeris. Oh ya! bahasa kedua di sini merupakan bahasa Perancis, dan bahasa ketiga (kalau tak silap) bahasa Jerman. Angie (15 tahun) dan Amira (16 tahun), mereka jadi penterjemah. sangat sopan. aku pun segan dengan tahap kesopanan mereka terutamanya Angie. adik diorang, Ismail (11 tahun) sangat bersemangat bercerita. dia suka mennyanyi, siap buat rap lam bahasa arab. aku tak faham sepatah pun part yang dia rap. dia pun layan jugak kartun, sukan, bola semua. memang aku sembang kecoh gila. diorang bertiga anak buah mak cik inas yang tengah bercuti di rumah mak cik diorang. jalan-jalan. cuti sekolah musim panas - 3 bulan beb! gua jeles. sebab gua still exam. sabar je la kundur.

mak cik inas share dengan kitorang kisah nancy ajram, tamer hosny etc dan bagi kitorang dengar lagu diorang yang best. hehe. akak serumah aku bagi diorang dengar super junior and apa lagi entah (akak serumah aku fanatik korea). dan diorang suka. hahaha. berjaya jugak dipengaruhi dan mempengaruhi. member aku main chess ngan amira. check-mate. abeh bising serumah. amira kalah. yousef nak main jugak, tapi member aku cakap pas exam. (excuse untuk balik rumah sebab dah lama kitorang lepak umah mak cik inas).

esok paginya, mak cik inas ajak makan 'mahsyi' sejenis makanan nasi sumbat dalam terung dan sayur apa entah. sedap jugak, aku sampai makan agak licin. see? macam mana aku tak chubby? rembat je semua. ahahaha. masalah betul! dan gambar ini diambil setelah aku habis menjamu selera dan bersembang-sembang dengan bebudak ini. Alhamdulillah, jiran aku sangat baik, peramah.

warna-warni mesir di sebalik bunyi bising hon, debu-debu berterbangan dan panas terik yang membakar.
irhamna ya rabb~
may ALLAH bless! 




stop membebel

Bookmark and Share

2 comments:

xiii said...

i like this n3..(konon gaya cam fb)
cam seronok jer..
awat bg depa suju..org bg la wayang kulit ker dikir barat ker..hohO
btw,blog ini makin ceria..

tiq said...

hahahaha...mekaseh2. adeyh...yg tradisional camtu de ke lam lappy? ahahahaa :D

k. ateem la, kan fanatik korea..so ape lagi ber-SUJU lah mereka! diorg paling ske sorry-sorry :p

 

best

jom