Susuk tubuhnya kecil, raut wajahnya lembut. Namun disebalik wajahnya yang ayu, jelas kulihat sinar keazaman yang tinggi dari matanya. I can see the determination through her eyes.
Itulah, Dr. Maha yang aku kenali pada 13 Julai 2010 yang lalu. Bagaimana aku kenali beliau panjang ceritanya - dipendekkan, aku menemani sahabatku ke hospital – dan dari situ aku mengenali beliau. Perkenalan yang singkat namun amat bermakna. Banyak perkara yang kami bualkan.
Namun pada suatu ketika, sambil aku memberikan kertas-kertas keputusan ujian kesihatan sahabatku, beliau tersandar – diam – kaku. Seketika kemudian yang kulihat hanyalah manik-manik halus membasahi pipinya.
Aku kaget. “ya ALLAH, pehal pulak Doktor ni?…aku da la ta pandai pujuk orang..adeyh” getus hatiku. Keliru, tentang perkara yang patut aku lakukan. Aku juga tertanya-tanya punca beliau menangis. Aku memberanikan diri, berpendapat bahawa kadang-kadang we just need someone to talk to – a good listener. Aku cuba, tak salah mencuba. Aku menghampiri beliau yang berada di sofa bersebelahanku. Kami dipisahkan meja yang penuh dengan buku rujukannya untuk post-graduate study.
“asfaa.. leh enti tabki, ya dokturah?” tanyaku padanya dalam bahasa ‘ammi.
(maafkan saya. Mengapa anda menangis, doktor?)
Manik-manik suci itu meluncur laju. Aku diam, cuak. Hanya mampu menunggu jawapan. Seribu persoalan bermain di fikiran.
“ana..ana ta3baana..ta3baana, ya Nur (nama aku)……” hanya itu yang mampu beliau ungkapkan. *3=huruf ‘ain
Kemudian, beliau menceritakan perihal pesakitnya yang lain selain sahabatku, keadaan hidup, suasana yang makin teruk (serabut, worse). Perasaanku berbaur. Inilah profession, jalan yang bakal kuhadapi. Ya Rabb, tabahkan hati ini, tabahkan hati kami pada jalan-Mu ini. Ameen
“ya Nur, do you think that crying is a sign of weakness? Weakness huh?” beliau menyoalku dan menanti jawapan dariku.
Adeyh…dah sudahh..aku nak jawab apa? Aku diam sebentar. Bahunya kupegang erat. Kuhulurkan tisu padanya. This time the tears can’t lie, it speaks the truth – it tells the burden.
“la-ah, ya dokturah..la-ah. even habibuna Rasulillah SAW, he did cried. insyaALLAH, rabbuna ma’ik, yusahhillik baah.”jawabku spontan, bahasa rojak.
“I believe that it is not a sign of weakness too, ya habibti” balasnya ringkas.
“If you wanna cry, just cry. No need to hold it,” sambungku.
Iklan: Oh, tidak! Ya Rabb, berkarat sungguh bahasa Inggeris, bahasa arab fushah (baku) aku . Astaghfirullah.
Kemudian, aku biarkan beliau sendirian. Sedang aku kembali membaca nota-nota beliau mengenai Amputation dari sofaku (dekat je) - aku lihat dari ekor mataku, beliau mengeluarkan mushaf kecik (al-Quran) dari beg tangannya. Subhanallah. Setelah beberapa ketika, beliau kembali menyambung tugasnya.
Syukran, ya Rabb. Alhamdulillah. Indahnya tarbiahmu. Moga Kau jadikan kami hamba-Mu yang beryukur kepada-Mu secara rohani dan fizikal. Ameen.
p/s: insyaALLAH, entry about my personal life akan berkurang. It’s time for me to discover the truth, discover the real me, discover the world. Irhamna ya ALLAH.
……………………………..
2 comments:
bgs la klu nk krgkn entri pasai diri..pemimpin yang hebat bukan pemimpin yang mnceritakan perihal diri.tapi pemimpin yang hebat ialah perihal diri mereka dicerita orang lain..sekalipun pemimpin kepada diri kita sendiri...
oh...oh..syukran.
tapi tak faham sgt la, especially yang pemimpin kepada diri kita sendiri tuu? boleyh tlg jelaskan? tapi anonymous la pulak. huhu. cene neyh?
Post a Comment