Assalamualaikum w.b.t
Umum mengetahui peristiwa yang berlaku di Mesir ketika ini. Moga terus doakan kesejahteraan para muslimin di sana secara amnya dan rakyat Malaysia secara khasnya. Alhamdulillah, aku selamat tiba di Malaysia setelah melalui beberapa siri pengembaraan. Pengalaman yang tak ternilai buat aku. InsyaALLAH, nanti akan aku ceritakan siri pengembaraan tersebut. Sungguh, setiap yang berlaku memberi pengalaman yang berharga dan berlaku dengan tiada yang ada disebaliknya melainkan hikmah. Aku sampai Malaysia petang 4 Februari 2011, Jumaat Alhamdulillah.
Sebenarnya kalau ikut perancangan, aku memang mahu pulang ke Malaysia pada winter-break. Tiket awal-awal lagi aku beli. Sungguh, ALLAH itu jualah sebaik-baik perancang. Ditakdirkan ada pulak kejadian yang tidak terduga, datang secara tiba-tiba - memberi kesan kepada semua benda. Aku mahu berada di Malaysia secepat mungkin - itu plan aku semenjak bulan disember lalu.
Alhamdulillah, selamat sampai walaupun macam-macam perkara berlaku. Jazakumullah khairan kathira atas doa yang tak putus-putus. Sungguh, kepastian membunuh kerisauan; penantian itu suatu penyiksaan. Penantian berakhir apabila tangan itu dapat dikucup, badannya dipeluk erat dan wajahnya dapat kusentuh. Biarkan hati berbicara saat mulut terkunci dari kata-kata. Mak, ayah, abang, adik-adik dan saudara-mara serta sahabat handai - Terima kasih semua!
0 comments:
Post a Comment