PART 7
300111- Pagi ini baru aku dapat tahu bahawa Kheir Zaman kena rompak. Patutlah tutup semalam. Lepas tu, kanak-kanak gen09 yang nak ke turki pulak stranded kat cairo international airport. Pulak dah. ALLAH. Dari pukul 3 petang semalam delayed ke 4 petang semalam. Alih-alih delayed sampai 3 petang hari ini (setakat yang aku tahu la). Kyra pulak bagitao aku dia balik sekali dengan aku esok (insyaALLAH) sebab ayah beliau dah booking ticket. Moga kheir kullu. Ameen ya rabb.
Pagi ni jugak, Zatil (adik rumah aku) balik. Beliau telefon sebab imarah tak boleh masuk. Ada kunci (imarah kami tak berkunci) rantai besi besar-besar dengan mangga. Aku pun ketuk la pintu jiran aku, mintak kunci. Beliau ke balkoni rumahnya untuk memastikan perkara yang aku cakap.
Pihak kedutaan dan Pegawai JPA suruh kami (warganegara Malaysia) stand-by dengan satu beg ade passport dan barangan berharga just in case kena balik Malaysia. Dengar cerita, kalau keadaan huru-hara dalam masa 3 hari, semua kena balik Malaysia ikut tentera. Wallahu’alam.
Muhafazah (daerah) lain apa cerita ya? Oh. Keadaan kat Alexandria, Mansoura dan Tanta huru-hara jugak. Dieybo dan aten kat Alexandria terkandas tak boleh balik cairo lagi. Kat sana dahsyat la jugak, masuk dalam rumah pe sume. Tembak-menembak tak payah cerita (macam cairo jugak), sampai ada yang mati dah. Innalillah. Kat Mansoura pulak, Onie cerita beliau kena bergelap demi keselamatan. Pantang nampak lampu, mesti jadi target. Kat lorong rumah beliau, dah dahsyat-dahsyat. Rumah pecah sebab huru-hara yang melanda dan macam-macam lagi. Kat Tanta pun sama, rumah turut jadi mangsa serangan. Kalau dah rumah jadi mangsa, penghuninya macam mana? Lagilah mangsa. Semua kena berjaga-jaga. ALLAH. ALLAH. Dahsyat sungguh kebangkitan rakyat Egypt ni.
Mungkin bagi sesetengan pihak yang baru masuk mesir macam anggap ini normal, so tak payahlah nak gelabah, contact sana-sini suruh jaga diri bagitau berita terkini. Orang telefon macam mana keadaan, boleh pulak dibalas dengan jawapan seolah-olah orang yang ambil berat ni gelabah, menyibuk keadaan pihak tersebut. NO! Ini merupakan kali pertama. Kat negara orang cek oii. Even jiran aku pun pesan macam-macam. Itu rakyat sini yang pesan, siapalah kita nak buat relax boleh? Terkejut jugak aku apabila ada jugak berita macam ni sampai kat telinga aku. Sahabat aku la cerita kes ni kat aku. Dugaan. Dugaan.
Haa. Pasai zatil tadi ni, zatil stay rumah kawan beliau, dah beberapa hari tak boleh balik sebab keaadan macam huru-hara je padehal rumah kawan beliau dekat je. Demi keselamatan, tak boleh keluar. Pagi ni, beliau datang ambil dokumen penting dan barangan keperluan. Keadaan di luar lengang-gila-nak-mati cuma kadang-kadang dengar bunyi bising-bising – tu pun sekejap. Kedai semua tutup rapat-rapat. Pintu berkunci. Macam pekan koboi dah rasanya!
Selesai menghantar zatil ke pintu imarah, dah babai-babai ucap selamat ape semua - aku lilit semula rantai besi tuu. Pastu letak mangga. Saat aku pulangkan kunci imarah kat makcik inas, aku bertanya padanya pasal hal ehwal semasa. Beliau mengkhabarkan bahawa ada perompak, pencuri yakni penjenayah merata-rata masuk rumah dan menggugat keselamatan orang awam. Makanya, sebab tulah pintu imarah berkunci dan semalam ada pakcik arab jaga luar imarah, jaga lorong rumah. Beliau memesan supaya stay je dalam rumah, kalau orang tak kenal ketuk pintu jangan buka. Aku cakap kat beliau aku takut, dia mengucapkan kata-kata selamat dengan muka penuh risau. Oh. Aku sayang makcik Inas! Rabbuna yustur!
Ya rabb. Ya rabb.
[to be continued]
0 comments:
Post a Comment