RSS
email

Rusuhan Part 3


PART 3
280111 – pagi itu lengang. Hari jumaat. Aku keluar sebentar pagi itu kerana ada hal. Lengang, lengang dan lengang. Hairan. Takut pulak aku. Sebenarnya, pagi jumaat selalunya memang lengang. Tapi pagi jumaat ni, macam lain macamlah lainnya. Tapelah, kuredah jugak pagi yang dingin menuju ke destinasi. Akibat terlewat, aku keseorangan. Gila cuak. Tapi redah je. Alhamdulillah, selamat sampai destinasi. 

Tengah hari tu – telefon, internet semua tak boleh guna. Semua bising communication guna macam zaman dulu-dululah, laungan dan asap api lah! Guna burung merpati ke burung hantu pun cantik! Adeyh. Adeyh. Adeyh.

Aku pulang ke rumah petang itu dalam keadaan hidung dan mata pedih sebab udara luar berbau gas pemedih mata. masyaALLAH. Ingat aku je yang tutup hidung tapi rupa-rupanya bila jalan lagi – jalan raya sangatlah lengang dan orang yang lalu-lalang semua tutup hidup. Tak pernah aku rasa suasana macam ni. Egypt bau lain hari ini. Egypt berwajah lain. Lalu kedai kopi semua tengok berita kat tv, bukan tengok bola. Tv pun macam entah apa-apa sebab kejap dapat channel kejap tak. Diam-diam je semua yang lalu-lalang. Selalu nampak Egypt yang bising dan kecoh tapi hari ini the other side of Egypt is revealed. Oh. Oh. Tetibe tengah-tengah jalan tu jugak pakcik arab tegur tanya negara kau tade macam ni ke? Soalannya dibalas dengan ucapan tak dan geleng-geleng serta cepat-cepat berlalu pergi.

Oh. Dari simpang rumah aku, jelas bahawa kasr-el ainy street lengang. Rasa ingin tahu membuak-buak tapi kukira lebih baiklah kalau aku pulang ke rumah tanpa menyimpang ke mana-mana kerana aku bukanlah siapa-siapa di bumi Mesir ini. Hanya pelajar dari negara asing. Alhamdulillah, selamat kembali ke rumah. *tadah tangan sapu muka syukur*

Sampai rumah. Rehat-rehat kejap. Inas bagi tau aku nanti petang ajak lepak-lepak. Orang berbudi kita berbahasa. Daripada aku tidur je kat rumah ni, aku rasa lebih baiklah aku bermasyarakat dengan jiran sebelah. Anak-anak buah beliau: amira, angie, ismail, aya, ammar dan lain-lain berkunjung ke rumahnya sebab sekarang dah winter break! Aku menghitung hari mahu pulang! ;D aku merancang hanya mahu berada di rumah kerana di luar udaranya memedihkan mata kerana ada gas pemedih mata! Ada bunyi bising sayup-sayup kedengaran.  Aku hanya mampu berdoa agar semuanya selamat. Kami kat negara orang jadi mangsa keadaan. Ya Rabb, selamatkan. Selamatkan.
.....................................................

Bookmark and Share

0 comments:

 

best

jom