PART 9
Ramai orang terkandas di Cairo International Airport, itu maklumat yang aku dapat. Namun aku terus jua perjalanan ke airport. insyaALLAH, ada rezeki balik – baliklah aku, kan? Sebelum bertolak ke airport, ada yang mengirim makanan buat sahabat dari jordan dan orang lain di airport yang terkandas. Ada yang hampir hampir seminggu! Aku bawak je semua barang dan bertolak pergi airport.
Bertolak ke airport bersama pidot dan faris. Sampai airport ramai betul manusia. ALLAH. ALLAH. Flight aku sepatutnya tengah malam nanti. “Kita tengoklah macam mana nanti ya, insyaALLAH kheir,” bisik hati kecilku.
Aku terus jumpa rombongan Jordan – shath, saiyyid and akhawat jordan yang laen. Enon ketua group. Rupanya lebih ramai yang terkandas, bukan mereka saja. Ada yang sampai-sampai Mesir tak dapat keluar airport – terus lepak dalam airport. Percutian di airport ni sebenarnya mengajar banyak skills for survive, nak-nak pulak dengan orang arab Mesir ni.
Lepak punya lepak tiba-tiba datang rombongan Malaysian Student Department (MSD) dari Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) bawak makanan untuk yang terkandas di airport. Ada pakcik tu cerita makanan yang beliau beli kat airport itu harganya memang cekik darah. Dah la ada tax lebih-lebih, pastu ditambah pulak dengan ambil kesempatan ramai orang kat sana – maka, melambung-lambunglah harganya! Kami tulis nama kat kertas dan serahkan kat pegawai yang hadir.
Malam itu flight aku cancel. Sedih. Tapi katanya ada pada esok hari.
0 comments:
Post a Comment