RSS
email

Rusuhan - Part 1


Apa-apa yang bakal aku ceritakan adalah pengalaman aku sepanjang di Egypt pada tempoh kejadian. Kemudahan internet terputus secara langsung. Talian telefon kejap ada, kejap tak ada. Post aku terbahagi kepada beberapa bahagian, dan ditulis secara tidak formal. Harap maklum. Mohon doa kalian agar semuanya selamat belaka. Ameen.
........................................

PART 1
Hari itu cuti umum. Hari polis. Shath and Sayyid datang sini sempena winter break, alhamdulillah sangat bersyukur jumpa diorang. Makanya, kami bebudak maahad dan sahabat lain  ada buat majlis makan-makan di restoran nasi yaman belakang university. Lepas makan, kanak-kanak Jordan mahu menukar duit di pengurup wang berlesen atau lebih mesra sarrafah. Rumah aku area kasr el-ainy street - jalan utama jugak lah, jalan menuju tahrir (pusat Bandar). Sampai di simpang jalan, kasr el-ainy street yang selalunya jam-gila-nak-mati tu lengang beb! Tapi instead of cars kan, ada pakcik-pakcik polis pulak ramai. Tak ke hairan tu?
Orang awam berkumpul ditepi jalan.

Hati dah risau. Dari jauh nampak pakcik polis depan bangunan opposite dengan bangunan sarrafah yang nak pegi tuu. Rupanya ada mogok kecik depan tuu. Polis yang macam FRU berkumpul depan diorang. Kaki terus melangkah, insyaALLAH takde apa-apa. Sampai depan sarrafah, terus pakcik tu hambat masuk kedai dia cepat-cepat. Hairan, cuak semua bercampur. Dalam kedai kami usha bangunan bertentangan – ada sepanduk pe semua. Paham la jugak. Tapi cuak laa. Cepat-cepat settle tukar duit - terus balik. Sebelum berlalu pergi, kulihat semuanya anak muda belaka yang bersuara tu. Anak muda. Anak muda. Lu pikir lah sendiri bhaiii!
............................................

Bookmark and Share

0 comments:

 

best

jom