PART 4
Lewat lepas asar petang jumaat yang sama, aku cuak. Aku sorang-sorang kat rumah. Bilik aku sebelah lorong kecik na pegi kasr el-ainy street. Aku dengar bunyi bising gila-gila luar biasa di luar. Setakat gaduh ke hapeke aku boleh je buat tak layan tapi aku tahu bahawa kasr el ainy street da tegang.
Aku bukak pintu kat balkoni bilik. Mata dan hidung pedih tak tau nak cerita. ALLAH. ALLAH hanya itu yang terdetik di hati. Mulut terkunci. Ta berani bersuara. Ramai gila syabab mesir kat tepi tu dengan botol kaca, minyak gas, kain dan lain-lain. Aku menangis kat balkoni tu sorang-sorang. Aku menangis sebab kagum dengan syabab-syabab tersebut. Rasa betapa mereka bersungguh-sungguh. Aku TAKUT. Aku tak nafikan, aku menangis jugak kerana takut, sorang-sorang kat negara orang tade keluarga pulak kat sini. Pada saat itu, aku rasa nak peluk seseorang. Jiran aku lah family terdekat aku pun. Allahuakbar. Bukan aku sorang yang mengusha diorang, ramai jiranku jenguk kot jendela ada pakcik sekali ngan makcik dan anak perempuan diorang. Yang kat bawah tuu semuanya syabab dan adalah jugak perempuan tapi sikit. Majoriti lelaki.
Dari apa yang aku faham diorang sibuk-sibuk cerita cemana nak baling mendalah yang diorang buat tuu, apa kena buat. Kat mana nak baling. Segala-galalah. Ada jugak yang bertanya pada yang mengusha dari balkoni, “television akhbaret eih?” pastu nanti makcik-makcik kat tepi pun bagitau perkembangan terkini kat berita. Tv rumah aku rosak, kalau tak aku pun dapat gak tengok berita. Tapi tolong doakan mesir selamat, kheir wu salam fey kulli hal pun insyaALLAH boleh kan? Ameen.
Pastu..makcik arab mana entah pakai kot hijau datang bagitau something. Aku tak dengar sangat sebab tenggelam dalam lamunan sendiri di balkoni. Lepas je makcik tuu announce something – terus bergema kalimah suci – ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. Bergema. Bergema. Ada rasa suatu rasa yang tak terungkap dengan kata. Selepas itu, diorang beredar menuju ke kasr el-ainy street. Bunyi bising, bunyi siren, bunyi tembakan dan segala bagai malah teriakan orang pun kedengaran - aku pun tak faham sebab hanya sayup-sayup kedengaran. Suasana tegang. Laungan kat rusuhan terus bergema- gema. Tadi, aku hanya sempat ambil beberapa gambar dan video pendek. Tak berani nak letak untuk tatapan umum. Maaf. Huhu. Aku tak tahu apa yang patut aku rasa..yang pasti aku rasa nak balik.
Hari sudah maghrib, aku cepat-cepat tutup pintu balkoni. Ya Rabb. Ya Rabb. Hanya itu mampu kuungkap sambil bunyi laungan, tembakan, teriakan dan bising-bising terus bergema. Bunyi helicopter kedengaran di ruang udara. Rancangnya, mahu ke hussain esok hari. Moga selamat semuanya. Ameen ameen ameen ya rabb.
Aku tak pergi rumah jiran aku malam tu sebab tertidur awal kesan gas pemedih mata. Adeyh.
.....................................................
0 comments:
Post a Comment