RSS
email

Rusuhan Part 5


PART 5

Sebelum tertidur pun dah dengar bunyi helicopter, rasa macam diorang nak letupkan rumah orang je sebab bunyi dahsyat dekat gila meronda-ronda di udara. Macam manalah agaknya kat Gaza ye? Tetibe terfikir cemana lah rasa hidup kat sana, yang tengah rasa sekarang ni baru rusuhan dan bukannya perang!

Bangun-bangun tidur pun dengar bunyi helicopter menggila-gila. Tak putus-putus panjatkan doa. Pada masa yang sama, hati gembira sebab line telefon dah ada. Dah lewat-lewat pagi, aku jenguk ke luar -  ada orang macam biasa cuma tak ramai je la. Tengah hari sikit, keluar hantar kanak-kanak gen9 pergi turki. Oh. Susahnya nak dapat transport! Selepas solat zohor, rancangnya mahu ke hussain. Terlewat dari rancangan, tapi redah jugak. Pdod ngan faris dah ada kat hussain. Tiba-tiba dalam teksi, faris tefon. Aku angkat. Ikuti ringkasan perbualan kami.

Faris: weit. Ang katna?
Tiq: dalam teksi weit. Sorry lambat. Huhu.
Faris: ang dalam teksi dah? Ang tau ada demo kat sini. Kedai smua pakat tutup. Ang tapaya mai la.
Tiq: demo pulak? Kat sana? Ampa cemana? Ya Allah. Ampa baek-baek weit. Aku tapaya pi laa ni? La ni aku kat sayyeda.
Faris: haa. Elok. Ang tapaya mai. Doalah semua ok. Piii dah. Semua pakat demo nih. Kedai tutup.

Aku dan kyra cepat-cepat turun dari teksi kat medan sayyeda zeinab. Gerun pulak rasanya berada di sayyeda. Gilalah tengok kesan rusuhan yang ada. Tiang lampu tercabut. Trak terbakar. Bangunan terbakar. Kaca bersepah-sepah. Itu di sayyeda! Kat tempat lain macam manalah pulak. Ya rabb!

Alhamdulillah, ada hikmah kami terlambat. Tak putus-putus aku doakan pdod ngan faris selamat kat sana. Depa nak jalan kaki balik sayyeda takut satgi depa kena cop join demo tu pulak. Aku risau, tapi insyaALLAH mereka selamat. insyaALLAH. Dari medan sayyeda, aku pergi pasar beli buah delima sebab merata-rata aku cari tak ada. Alhamdulillah ada. Pastu nak beli minyak zaitun, maka berjalan kaki lagilah kami. Tak tahu ke mana kaki melangkah, redah je. Asalnya mahu ke pasar raya Kheir Zaman tapi tutup pulak. Alih-alih pergi kedai runcit mana entah beli minyak zaitun tu. Alhamdulillah ada jugak minyak zaitun, sebab bukan senang nak shopping time macam ni. Orang arab serbu kedai runcit beli stok makanan sebab susah nak dapat stok nanti.

Selesai beli barang, mahu pulang ke rumah. Adeyh. Tak ingat pulak jalan balik, teksi pun takde. ALLAH. Sedar-sedar kami berdua dah jalan sampai saad zaaghloul. masyaALLAH. Dahsyat. Istighfar je kami sepanjang jalan. Kat sini (saad zaghloul) semalam (jumaat) pun ada sesi tembak-menembak macam kat kasr el-ainy street. Dahsyat kesannya. Tak tahu nak cerita macam mana. ATM musnah sama sekali. Tempat yang bercermin semua lingkup kena baling. Trak pun terbakar. Astaghfirullah. Jauh berjalan, rupa-rupanya kaki melangkah ke kasr el ainy street, simpang yang kitorang keluar tuu dekat dengan tahrir. Ya rabb! ALLAH. ALLAH. Dahsyat. Ade pulak bangunan still terbakar time kitorang lalu tu! Tong sampah kat jalan, terbakar. Kaca bersepah-sepah. ATM hancur. Stesen Minyak yang tengah baik pulih pun dahsyat dirusuhnya. Dah tu, macam-macam pulak tulisan kat dinding. Tapaya tulislah kat sini. Bahaya. Adeyh.

Ade hikmah jugak gamaknya tak tahu jalan pulang ke mouniera! Kami lalu sayyeda, saad zaaghloul dan jalan ke tahrir! Semua tu tempat kejadian. Ya rabb. Ya rabb. Tak berani na ambil gambar. Simpan dalam memori je la macam mana tempat kejadian. Menggerunkan.

Balik rumah. Singgah beli topup tefon Malaysia kejap. Jadilah dengar suara kejap pun. Relieved jugak dapat dengar suara insan tersayang di telefon walaupun sebentar cuma. Dah tuu, petang tu jiran aku datang. Aku cerita kat beliau aku salah jalan. Terkejut beliau aku pergi semua tempat tu. Hairan gamaknya aku berani sangat sebab beliau pun berani pergi sayyeda je! Tapi nak buat macam mana, kitorang tak tahu jalan. Jelas dari riak wajah makcik inas – beliau risau. Beliau pesan ada perintah berkurung - dari jam 4 petang hingga 8 pagi. Alhamdulillah, aku dapat berita pdod dan faris selamat sampai rumah diorang. Doakan moga-moga aku boleh pulang! Oh. Airport, janganlah tutup!
................................................

Bookmark and Share

0 comments:

 

best

jom