Air mata meluncur laju. Mulanya hanya sebak, namun tak tertahan juga. Akhirnya, manik-manik jernih itu jatuh. ya, sungguh syahdu. ya, sungguh memberi inspirasi lah kisah mereka. Kisah itu digarap indah, berpijak di bumi nyata, berpaksikan nilai murni dalam ad-Deen. Tiada yang menyalahi logik akal.
Subhanallah - berbaloi pelaburanku membeli kisah tersebut setelah mendapat pandangan sahabatku. Setelah mengkhatam buku itu, benar kata sahabatku *tatkala beliau memperkenal kisah itu padaku* bahawa kisah itu sedikit-sebanyak ada kaitan denganku. Alhamdulillah, tergerak hati mahu membeli buku berkulit merah itu.
Membuat keputusan membeli buku itu. oh. oh.. thumbs up buat penulis. oh. Betapa indahnya perancangan ALLAH dengan sifat rahman, rahim, ghafurNya - dan sifat indah yang lain. Oh. aku tak tahu nak gambarkan cerita itu macam mana. super best. super awesome. kat bawah ni, merupakan antara kata-kata yang aku suka.
"Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak,
tetapi sebagimana yang kita rasa"
p/s: setakat ini, aku sengaja tidak mahu menyatakan tajuk. ;)
0 comments:
Post a Comment