PART 2
Esoknya, sembang dengan jiran aku (makcik inas) sewaktu dia ajak breakfast di rumah dia. Pastu beliau berceritalah panjang lebar, nak-nak pulak aku dah lama tak sembang dengan dia sebab sibuk memanjang sempena exam. Tatkala beliau bercerita, aku angguk-angguk tanda faham. Beliau tanya aku macam-macam la jugak. Ikuti sebahagian perbualan kami (semua dalam bahasa arab ammi):
Nuur: inas, ade ape ea semalam waktu hari polis?
Inas: kau tak tahu? Tak tgk berita?
Nuur: oh. Aku ta bukak tenet. Apa cerita? *kantoi ta usha berita*
Inas: kau exam kan? Tade hal. Ada rusuhan, mogok segala bagai dengan kerajaan. Sebab ramai orang takde keje, ramai orang tidur tepi jalan *sekadar menyebut sebahagian*.
Rupa-rupanya, yang kami tengok time tukar duit semalam tuu rusuhan baru nak start. Agaknya, lepas kami berlalu pergi mulalah yang hebat-hebat. Walaupun di tahrir (15 minit jalan kaki secara lepak dari rumah aku) yang gila gempak, tapi tempias sampai gak pe sebab rusuhan itu berlaku di sepanjang kasr el-ainy street sampai ke tahrir! Malam tu mesej semua dah disebarkan bahawa lepas solat jumaat ade rusuhan besar-besaran. Setakat ini communication kat suez dah totally tutup. Internet agak biol. Facebook ta boley bukak dah.
...............................................
0 comments:
Post a Comment