PART 10
Flight yang dijanjikan tak kunjung tiba. Tiada khabar berita. Malam tu, rakyat malaysia yang ada buat mogok. Dijanjikan pulak flight pukul 5 pagi. Tunggu lagi, hanya tinggal janji. Mogok lagi. Janji pulak pukul berapa pulak entah – pukul empat rasanya.
Pihak bertanggungjawab akhirnya datang membentangkan pelan mereka. Setelah menggunakan kuasa yang ada, negotiate lagi. Katanya flight ada, pukul empat. Tunggu punya tunggu, tak ada jugak. Tak tahu nak gambarkan runsingnya fikiran, serabutnya kepala, sakitnya rasa hati tika itu. ALLAH. Setelah petang tuu macam tu, setelah mogok hampir empat kali juga jumlahnya – barulah pihak Syarikat Egypt Air ambil tindakan sediakan hotel untuk kami dan menjanjikan flight.*dapat mandi!*
Aku dah beli tiket pergi istanbul. Egypt Air janji ada flight esok. Evacuation to Jeddah ada jugak. Serabut mahu membuat pilihan. Perlu memikirkan risiko yang ada. Setelah banyak kali kena tipu, rasa dah hilang kepercayaan. Evacuation tu pun, aku tak tahu adakah aku dapat balik awal. Turkish airlines flight diorang memang insyaALLAH on ja. Maka nanti ampai istanbul kejar flight emirates pergi dubai then ke kuala lumpur – begitulah perancangan.
Malam tu dekat hotel, aku yang suka makan ni tak lalu makan. Macam-macam rasa. Aku buat keputusan – esok pagi refund tiket egypt Air and then naek turkish airline.
Pagi tu, refund tiket kena tunggu akauntan datang pukul 10 pagi sedangkan sampai airport pukul 8 pagi. Tunggu je. Time refund tu lah, buat hal macam-macam pulak – bagi alasan je banyak. kesah apa pakcik arab tu nak cakap apa, janji teknik aku buat gila kat kaunter dia berkesan. Alhamdulillah dapat refund.
Egypt air bagi another route kat kitorg. Cairo to jeddah to kuala lumpur. But then, aku go on with the plan which is to istanbul. Aku dah dapat refund. Nak buat cemana, memang takde rezeki Egypt Air. Aku memilih Egypt Air untuk balik winter break ni waktu bulan 12 hari tuu lagi just sebab penerbangan direct to kuala lumpur. Agaknya, dah bukan rezeki – tadelah jugak walau macam mana pun.
Aku perlu tiba di KLIA secepat mungkin, itu saja pintaku. Makanya aku terpaksa go on dengan plan asal. Aku macam fobia dengan Egypt Air. Rata-ratanya kalau ditanya, rasa kesian dengan rakyat Mesir *dengan situasi mereka* namun tetap akan memboikot Egypt Air sebab tindakan diorang macam entah apa-apa. ya, dengan ini aku isytiharkan bukan senang nak deal dengan warga Arab, tahu?
0 comments:
Post a Comment