PART 6
Ada pekeliling Perubatan! Darurat 7 hari, tak boleh keluar rumah. Tak boleh pergi tahrir. Tak boleh ambil gambar dan macam-macam lagi. Tempoh berkurung dari jam 4 petang hingga 8 pagi. Nanti akan sampai surat hitam putih pekeliling (dihantar dari rumah ke rumah). ALLAH. ALLAH. Tadi aku dapat panggilan dari faris. Dekat bawah rumah beliau dekat-dekat sayyeda, orang arab semua pegang parang, besi dan sama waktu dengannya. Pastu beliau pesan, janganlah keluar rumah. Syukran, faris! Jazakallah kheir.
Oh. Rupa-rupanya tentera sudah berkuasa sekarang. Tadi pdod cerita dekat rumah beliau tu kereta kebal lalu (pdod dan faris serumah) dan tadi waktu kat hussain ada banyak kereta kebal dok tunggu. Ya rabb. Senior pesan, polis dah tak berkuasa sebab bukan kerajaan yang berkuasa - maka penjenayah macam bebas je dan jenayah berleluasa (macam tu lah lebih kurang- aku pun tak faham). Wallahu’alam. Kenalah jaga diri, jaga rumah - tak boleh tidur mati. Banyak berdoa. ALLAH, rasa resah kembali menggila. Pakcik arab dah buat port jaga rumah, jaga lorong sambil pegang parang segala bagai. ALLAH. ALLAH. Hanya padaMu kami berharap. Selamatkan kami ya Rabbul ‘izzah! Kami mangsa keadaan. Ya rabb. Selamatkan. Selamatkan. Ameen. *Baca paper, rupa-rupanya lebih 90 peratus banduan terlepas!
Luar rumah bising gila. Bunyi tembakan. Bawah rumah, ada orang marah-marah. Bunyi parang besi dilaga-lagakan (bunyi macam asah tu). Demi keselamatan, aku terpaksa mengabaikan naluri detektif, semangat ingin tahu dalam diri sebab aku bukan siapa-siapa. ALLAH. ALLAH.
Ya Rabb. Aku nak balik! Aku menangis seorang diri di ruang tamu. Alhamdulillah, malam ini aku tidak lagi keseorangan, ada seorang ahli rumah yang lain. Namun pada tika ini, beliau tidur dalam bilik.
Niat aku tak mahu tidur, tapi tertidur jugak akhirnya. Jaga dalam lena; penuh kerisauan. Doa tak putus-putus dipanjatkan agar sentiasa dalam keadaan selamat dalam rahmat-Nya. Ameen. Ameen ya rabb.
0 comments:
Post a Comment