RSS
email

Rusuhan Part 8


PART 8

Lepas hantar zatil dan memulangkan kunci imarah kepada makcik inas, aku membuat beberapa panggilan telefon. Fatin tak sihat, aku tolong urut-urutkan. Semalam perut beliau meragam, puncanya tidak dapat dikenal pasti. Fatin mintak aku belikan pisang, sumber tenaga segera tapi kedai setahuku semuanya tutup. Aku lepak-lepak kejap. Entah kenapa, aku tutup semua lampu. Duduk-duduk kejap pastu aku tertidur sambil pegang pisau.

Aku terbangun dari tidur dek bunyi jet pejuang yang bunyi dekat sangat. Aku yang membesar dengan LIMA yang kat langkawi tu, kenal sangatlah bunyi tu. Ini bukan sesuatu yang bagus. Makin membuatkan kerisauan menggila ada lah. Dekat gila jet pejuang tu. Astaghfirullah. Ya rabb!

Kali ini, ruang angkasa semakin meriah. Dah la ada helicopter, pastu sekarang ni ada pulak jet pejuang meramaikan ruang udara. bagus sangatlah tu. ALLAH. ALLAH.

Pekeliling perubatan hanya disampaikan melalui pembacaan di telefon. Ya Rabb. Keadaan genting. Aku dapat tahu abang Baihaqi yang jadi mas’ul kawasan. Aku telefon beliau, tanya pasal flight aku esok. Beliau cakap kena telefon En. Hazam (pegawai JPA) cemana situasi semasa. Ya Rabb. Rabbuna yusahhil.

Warga Malaysia di sayyeda dan abou risy, dipindahkan ke mouniera kerana sana makin bahaya. Rumah aku ahli beit k.yana, k.as dan k.lee yang akan masuk. Ya rabb. Ya rabb. Selamatkan. Irhamna ya Rabb. Ameen.

Aku bergelap. Sebarang bentuk bunyi membuatkan aku seperti mahu menangis. Risau. Risau, Kalau dalam movie, tahu jalan cerita – ini reality beb! Dah maghrib, sayup-sayup azan kedengaran. Luar diam-gila-nak-mati. Aku usha rumah jiran, lampu tutup jugak. Ya Rabb. Selamatkan. Selamatkan. Ameen.

Bookmark and Share

0 comments:

 

best

jom