RSS
email

Rusuhan Part 11


PART 11

Bertolak dari Cairo ke Istanbul – dua jam setengah perjalanan. Sampai-sampai tunggu  luggage, dapat luggage. pastu amek troli pulak kena sumbat coin! ya rabb! alhamdulillah, ada pakcik baek hati bagi coin, maka dapatlah troli sebijik. 

Sampai di Istanbul pukul 1615 waktu tempatan terus terjah office emirates nak kejar flight pukul 1910 ke dubai (amik connecting flight ke Kuala Lumpur). Pegawai emirates sangat professional. Kitorang (kami bertiga) terjah tanya ada vacancy tak, bapa harga dalam dolar. soalan bertubi-tubi. Harga tiket kena bayar dalam Euro (sebab Turki europe) ataupun dalam currency turki - Lira. ada kat tangan duit dolar je. Pegawai yang memahami itu, tekun dan sabar menerangkan berapa banyak USD perlu untuk satu tiket. Berapa banyak Euro dan Lira diperlukan. Keyboard di hadapannya (pegawai tu lah, takkan aku kot) laju-laju ditekan. malah beliau turut mengingatkan mengenai caj yang akan dikenakan oleh pengurup wang berlesen. aku dan kakak tunggu kat kaunter, meyakinkan pegawai tersebut kami memang nak beli tiket - nak balik Malaysia!

Abang dah pergi tukar duit (kat tingkat bawah). Alhamdulillah,  time aku melilau depan kaunter tunggu duit, sambil baca paper turki, usha gamabr -  ada delay pegawai tu cakap! "There's been a delay - for you. thank God. Enjoy your delay, no need to rush" beliau cakap. Aku rasa macam nak peluk ja pegawai tu, tapi sabar je la. berulang kali aku ucapkan terima kasih selain ucapan syukur yang tak putus-putus. sungguh indah rasa bertawakkal padaMu ya Rabb! time ni, mak aku call. aku cakap-cakap kejap, pastu suruh call sejam lagi.

Abang lari-lari ke kaunter bersama duit na beli tiket. Bayar je tiket. tiba-tiba..."You have 5 Lira short." pegawai tu cakap. pulak! ya rabb. kami cakap, "we don't have any Lira left, we need to go to the money exchanger downstairs if that's the case." pegawai tu tgk je kami. kemudian senyum, seraya berkata, "it's ok. I pay for you guys." tangannya laju menekan keyboard. kemudian, beliau menyambung, "i've reduced the ticket price for you, so each of you will receive 1.5 Lira back. meaning, 1.5 Lira discount for each of the ticket." beliau senyum kembali.

tak tergambar dengan kata-kata perasaan itu. dah tak cukup, diberi pulak diskaun. dapat buah tangan dari Turki, duit syiling. Alhamdulillah. mahu dihulur RM10 buat kenang-kenangan padanya, namun ditolak dengan bersungguh-sungguh. 

"Have a nice Flight!" dan tiket kini sudah bertukar tangan.
Alhamdulillah, segalanya mudah. 

tak pernah aku tengok pemeriksaan keselamatan macam kat turki. detail sungguh. time aku masuk, alhamdulillah lepas dengan mudahnya. elok-elok duduk kat kerusi tunggu pengumuman - ramai yang serbu gate tu. dah tu, lagi detail diperiksa setiap orang. dah la beratur panjang sampai ke pintu gate. mak aku tak dapat call aku la kot, sebab sejam lebih dah berlalu tapi tak dapat call dari malaysia.

anyhow, totally enjoyed the delay! relieved sebab kalau terlepas fligt ni, kena tunggu saudi airlines kot yang entah bila flightnya. Alhamdulillah.

Bookmark and Share

0 comments:

 

best

jom